BUAH MANGGA

Semua kita tidak mengira tua ataupun muda sangat menggemari makan buah Mangga. Tetapi tahukah anda buah mangga mempunyai pelbagai varieti di seluruh dunia dengan keunikan tersendiri dari segi rasa, tekstur, saiz dan aromanya tersendiri. Di Malaysia terdapat beberapa buah mangga yang popular seperti Harumanis, Chokanan, Manga Sala dan Mangga Susu.

Saya juga meminati makan buah mangga terutamanya mangga Chokanan kerana rasanya manis seperti madu malah boleh dimakan ketika masih muda. Selain itu juga boleh dibuat jeruk mangga dan rasanya masam manis. Saiz mangga Chokanan juga bersaiz sederhana iaitu berat biasanya dalam 250 gram sehingga 400 gram. 

Di AnjelFarmGarden, Mangga yang ditanam adalah jenis Varieti seperti di bawah:

  1. Mangga Chokanan
  2. Mangga Gajah
  3. Mangga Taiwan
Ketika-tiga mangga tersebut dibeli di kedai anak pokok buah-buahan sejak tahun 2023. Anak pokok mangga yang dibeli adalah baka kahwin yang cepat berbuah. Setiap harga anak pokok mangga juga adalah berlainan kerana mengikut saiz anak pokok tersebut. 

Varieti mangga jenis Chokanan, Mangga Gajah dan Mangga Vietnam dipilih kerana saya ingin merasakan kepelbagaian tekstur, bau dan rasa setiap mangga yang berlainan. Selain itu juga bentuk mangga yang saiznya berbeza-beza kebiasannya boleh digunakan untuk tujuan tertentu seperti mangga bersaiz besar dan cantik selalunya dipilih untuk hidangan segar atau hadiah. Mangga yang bersaiz kecil pula biasanya sesuai untuk dijadikan jus, puri, jem atau jeruk.   

Di bawah adalah gambar mangga yang telah berbuah di AnjelFarmGarden. Ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Varieti Pokok Mangga yang saya tanam, sila klik pada gambar di bawah. Semoga maklumat ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat dan rujukan kepada anda semua.

manggataiwanmanggagajahmanggachokanan

   



Ulasan