KEAJAIBAN BULAN OKTOBER - POKOK MANGGA GAJAH MERAH SUDAH BERBUNGA

Hari ini hari ke-5 di bulan Oktober 2026. Bulan yang penuh dengan harapan. Semoga hilanglah jerebu di muka bumi kenyalang ini (sarawak) dan digantikan dengan awan biru yang kita selalu dambakan kerana bukan kita sahaja yang inginkan hari yang ceria bahkan tanaman juga memerlukan cahaya untuk tumbuh berkembang.

Pagi ini saya berjalan-jalan di sekitar kebun sambil membelek-belek pokok-pokok dan tanaman yang sedia ada di kebun. Ada beberapa tanaman yang perlu dipangkas dan disusun atur tempatnya. Ada juga perlu dibuat pembajaan dan penambahan pokok baru serta membersihkan daun-daun yang berguguran. 

Kali ini mata tiba-tiba tertumpu pada sepohon pokok mangga yang terletak tidak jauh dari pintu pagar belakang rumah saya. Nampak macam sesuatu terjadi pada Pokok Mangga Gajah tersebut. Ya, rupanya pokok mangga itu sudah berbunga. Syukur sekali selepas 3 tahun menunggu, akhirnya berbuah juga.  Haraplah kali ini ada yang menjadi.

Anak pokok ini saya beli di kedai nursery 3 tahun lepas dengan harga sekitar RM70-100 mengikut saiz anak pokok. Kata penjual tersebut pokok mangga ini kalau berbuah akan mengeluarkan buah yang sangat besar sehingga boleh mencapai berat antara 1kg hingga 2kg sebiji. Warnanya pula akan bertukar menjadi warna kemerahan, unggu kemerahan atau kuning keemasan apabila masak. Rasa dan tekstur pula buahnya manis, lembut tetapi pejal serta mempunyai biji yang agak nipis. Dari segi penjagaan pula, pokok mangga ini bersifat tahan lasak, mudah dijaga dan sesuai dengan cuaca serta iklim di Malaysia. Pokok Mangga ini juga boleh ditanam di pasu atau tanah.

Gambar di bawah adalah Pokok Mangga Gajah Merah yang telah berbunga di AnjelFarmGarden. Semoga pokok ini dapt berbuah dengan jayanya. 


mangagajahmangagajah


mangga gajahmangagajah



Ulasan