MARI KENALI BUAH CILI
Siapa yang tidak mengenali buah Cili. Buah Cili adalah sejenis sayuran berbuah yang terkenal dengan rasa pedasnya. Rata- rata semua golongan masyarakat masa kini suka makan masakan yang berasaskan cili. Ada sesetengahnya pula suka makan yang mentah sahaja. Tidak hairanlah buah cili sangat laku di pasaran walaupun harga dijual juga mahal.
Di Malaysia terdapat ramai pengusaha cili. Ada diantara mereka mengusahakan cili untuk kegunaan produk masing-masing dan setiap daripada pengusaha cili tersebut mengusahakan cili jenis yang berbeza-beza. Produk yang dihasilkan berasakan cili pun banyak jenis dipasarkan seperti yang kita boleh dapati di kedai-kedai.
Buah cili adalah mempunyai banyak jenis dan bentuk. Antara yang popular ditanam di Malaysia adalah:
1) Cili Padi - seperti cili burung. sesuai untuk membuat sambal serta masakan pedas. Mempunyai tahap kepedasan yang tinggi.
2) Cili Besar - seperti cili Kulai, MC1. Sesuai untuk pengeluaran cili merah segar atau dikisar
3) Cili Benggala - tidak mempunyai rasa pedas dan rasanya sedikit manis.Kebiasannya digunakan dalam salad atau masakan barat.
4) Cili Solok - sesuai untuk masakan yang intinya seperti isi ikan disumbat ke dalam cili yang telah dibelah bahagian tengahnya. Cili ini tahap kepedasannya rendah dan tidak kelat.
Kegunaan lain buah cili selain daripada masakan adalah dalam aspek kesihatan iaitu
- dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dan mempercepatkan pembakaran kalori.
- dapat membantu dalam kesihatan jantung
- mempunyi banyak vitamin C dan antioksidan yang tinggi
- melegakan kesakitan kerana mampu merangsang pengeluaran hormon endorfin yang bertindak sebagai agen semulajadi bagi mengurangkan rasa sakit.
- merawat kurap dengan cara buah cili dimasak dan ditumbuk kemudian disapu pada bahagian kulit yang terkena kurap.
- air rebusan buah cili terutamanya cili padi diminum untuk membantu merawat deman, gout atau masalah penghadaman.
Di Anjel Farm Garden, ada beberapa jenis buah cili yang telah ditanam. Diantaranya seperti Cili Kulai, Cili Sakata, Cili Merah, Cili Padi Thai, dan Cili Burung. Gambar adalah seperti di bawah.
Jika anda ingin mencuba tanam buah cili, boleh beli terus biji benih di: 👇
Shopee:AnjelFarmGarden
Berikut adalah maklumat mengenai buah cili yang pernah saya update dalam blog ini. Semoga dapat menjadi rujukan kepada anda semua.
Sila Klik link di bawah👇

Ulasan
Catat Ulasan