Tanaman Bunga


Saya percaya semua kita mempunyai minat atau hobi masing masing dalam mengisi masa lapang. Salah satu aktiviti yang kebanyakan diminati ramai adalah berkebun. Berkebun bukan sahaja sebagai terapi untuk mengenangkan diri dari tekanan tetapi pada masa yag sama dapat dikongsi bersama keluarga tersayang. 

Di Kebun Anjel Farm, terdapat berbagai jenis bunga yang ditanam seperti bunga Mawar, Bunga Kertas, Pokok Jasmine, Bunga Rose Jepun dan Pokok Bonsai. Untuk memastikan bunga berada dalam keadaan yang baik, semua bunga ini memerlukan rutin penjagaan yang rapi sama ada dari segi pembajaan ataupun mencegah dari penyakit. Gambar Di bawah adalah kebun bunga kecil Anjel Farm.





1) Bunga Mawar/ Rose

Bunga mawar memang terkenal di seluruh dunia sebagai lambang cinta dan kasih sayang. Ramai orang menyukai bunga ini kerana memiliki warna yang pelbagai dan cantik serta baunya yang harum. Bunga mawar bukan sahaja digunakan sebagai tanaman hias dan hadiah untuk orang terkasih, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan seperti melembabkan kulit wajah, mengubati jerawat, melambatkan penuaan, meredakan sakit kepala dan menyihatkan mata.

 

    


2) Bunga Kertas 

Bunga kertas adalah tanaman yang popular dan mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti warna unggu, merah, jingga,  merah jambu, kuning, putih dan berbagai campuran warna. Bunga kertas ini amatlah mudah dijaga. Kebiasannya bunga kertas ini digunakan sebagai hiasan rambut, upacara siraman dan pemakaman. 

  
 


3) Pokok Bonsai

Pokok bonsai adalah tanaman yang dikecilkan dan disimpan di dalam sebuah pot. Kebiasannya pokok ini digemari oleh masyarakat Cina kerana ia dikatakan sebagai simbol semangat positif yang memancarkan kehidupan baik bagi penamannya. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan