Khamis, 2 Oktober 2025

Buah Jambu Batu

Saya pasti mesti kebanyakan kita suka makan buah Jambu. Ada yang makan begitu sahaja bersama kuah rojak malah boleh juga dibuat minum jus buah. Apa pun citrasa makan yang kita suka buah jambu tetap mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan mampu menguatkan sistem imun daya tahan tubuh.

Buah jambu batu ialah tanaman yang tahan lasak dan mudah dijaga. Tidak heranlah banyak petani yang mengusahakan tanaman buah jambu ini. Buah jambu batu berjenis beri dan berbiji banyak.Bentuknya bulat, bujur seperti buah pir. 

Kini terdapat juga varieti jambu yang tidak mempunyai biji. Salah satu varienti yang popular ialah Jambu Batu Lohan yang terkenal dengan buahnya yang besar, manis dan ranggup.

Di AnjelFarmGarden, Jambu yang ditanam adalah jambu berjenis berbiji iaitu jambu batu Lohan. 


         

          


Selasa, 2 September 2025

Buah Ciku

 


        

Buah ciku beriklim tropika atau nama saintifiknya ialah "Manilkara zapota" merupakan buah tropika yang dikatakan berasal daripada Amerika Tengah. Kini juga ditanam di kawasan beriklim tropika seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia. 

Buah ciku berwarna coklat gelap dan mempunyai biji di tengahnya. Rasanya manis dan isinya lembut apabila masak ranum. Ciku selalunya dimakan secara segar dan juga boleh diproses menjadi jem dan jus. Buah ciku mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri. Selain itu, ciku juga kaya dengan antioksidan dan memiliki banyak manfaat. Gambar di bawah adalah buah ciku yang ditanam di AnjelFarmGarden. Pokok ciku ini berusia 5 tahun. 





Ahad, 31 Ogos 2025

Selamat Hari Merdeka 2025


💌 “Selamat Hari Merdeka 2025! Teruslah kita bersatu membina negara tercinta” 💞




Rabu, 30 Julai 2025

TUAI SAYUR SAWI HIJAU @ anjelfarmgarden

Syukur hari ini cuaca mendung tidak panas seperti kebiasaannya. Jadi kerja-kerja di kebun hari ini adalah memetik hasil tanaman Sayur Sawi Hijau yang ditanam sendiri berusia dalam lingkungan 28hari - 30hari. Walaupun tidak banyak, tetapi dapatlah dibuat sayur untuk beberapa hari ini nanti. Hasil pun sihat dan subur semuanya.

Kepada mereka yang baru hendak mencuba bercucuk tanam, sayur sawi adalah pilihan yang terbaik kerana mudah dan senang untuk dijaga. Lagipun tidak bosan untuk dimakan hari-hari kerana boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Tambahan pula bila ditanam sendiri, kita rasa lebih yakin dari segi penggunaan bahan kimia dan juga baja. Kita pun tidak perlu beli lagi sayur di kedai. Dapat juga menjimatkan duit dapur.