Selamat Hari Natal 2025 kepada anda yang menyambutnya!
Khamis, 25 Disember 2025
Khamis, 11 Disember 2025
Thank You!
💓💓You Customer for supporting my small business.
I Hope this package brightens your day.
#Anak Pokok Mini Rose Flower 🌹🌹😍😍
Mari kenali jenis-jenis Bawang
Bercakap mengenai bawang, ramai diantara kita pasti merasa keliru untuk memilih jenis bawang yang sesuai dalam menu masakan. Tambahan lagi, di pasaraya kini terdapat pelbagai jenis bawang yang dijual dan semestinya kita terfikir apakah kegunaan bawang tersebut.
Memandangkan bawang adalah satu bahan masakan yang paling utama dalam memberi kesedapan dan aroma sesuatu hidangan, sekurang-kurangnya kita perlu tahu apakah perbezaan setiap jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan.
Berikut adalah jenis-jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan:
| (1) Bawang Manis (Sweet Onion) | (2) Bawang Merah Besar (Red Onion) |
|---|---|
|
|
| (3) Bawang Kuning atau Holland | (4) Bawang Besar Putih (White Onions) |
|---|---|
|
|
| (5) Bawang Merah Kecil (Shallot) | (6) Bawang Putih (Garlic) |
|---|---|
|
|
| (7) Bawang Mutiara (Pearl Onion) | (8) Bawang Cippolini (Cippolini Onion) |
|---|---|
|
|
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Rabu, 26 November 2025
Kali pertama tanam Sayur Pokok Asparagus
🏡🏡🌈🌈💌💌
Sepanjang berkebun tidak pernah terlintas di fikiran untuk menanam sayur pokok Asparagus. Apatah lagi sebagai menu makanan seharian. Setahu saya Asparagus ini dijual dengan harga yang mahal dan untuk tanam dari benih pula agak sukar untuk tumbuh. Tambahan pula, pokok Asparagus ini berasal dari negara Eropah dan cara pertumbuhannya pula berbeza dengan negara Asia.
Pada bulan september yang lepas tergerak dalam hati ini ingin mencuba untuk menanam Asparagus dari biji benih. Ini kerana, selepas saya terbaca artikel mengenai Sayur Asparagus yang memiliki banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita, saya merasa teruja untuk mempunyai pokok Asparagus sendiri di laman rumah saya. Selain itu juga, Pokok Asparagus juga dapat dijadikan sebagai pokok perhiasan yang menarik kerana ia sangat lembut bila disentuh.
Saya membeli biji benih Asparagus Jenama Trio dan disemai di beberapa buah polibeg dengan menggunakan media tanah campuran organik sahaja yang ada dijual di kedai kedai bunga. Selepas 2 minggu akhirnya benih bercambah dan kini Pokok Asparagus saya telah berusia 2 bulan dan tumbuh dengan jayanya. Akhirnya dapat juga menyentuh pokok Asparagus saya yang sangat lembut daunya. Diharapkan selepas ini dapat tumbuh dengan baik dan dapat dituai hasilnya.
Bagi mereka yang gemar berkebun, anda boleh mencuba untuk menanam Asparagus ini. Tiada yang mustahil jika kita mencubanya." FAITH plant the seed, Love makes its grow." Sekian perkongsian saya. Masa akan datang saya akan ceritakan pula khasiat dan cara penjagaan Asparagus ini pula. Semoga bermanfaat.
Gambar di bawah adalah Pokok Asparagus yang ditanam @AnjelFarmGarden.











