Ahad, 17 Januari 2021

Pokok Daun Ketumbar vs Daun Sup

Salam sejahtera para pembaca.

Di sini ingin saya kongsikan mengenai dua jenis daun herba yang mempunyai bau atau aroma yang wangi dan sering digunakan sebagai bahan perisa dan penambah rasa dalam hidangan iaitu Daun Sup dan Daun Ketumbar.

Daun sup biasanya digunakan dalam masakan yang memerlukan rasa yang lebih halus dan lembut, manakala ketumbar lebih sesuai digunakan dalam hidangan yang memerlukan rasa yang lebih kuat. 

Saya kebiasannya akan menggunakan daun ketumbar dalam masakan berkari seperti kari ikan dan kari ayam. Biasanya saya akan potong halus-halus daunnya dan taburkan pada lauk kari tersebut apabila telah masak. Oleh itu, saya akan sentiasa memastikan daun sup ketumbar ini sentiasa ada di rumah. Walaupun tidak banyak, cukuplah sekadar dapat digunakan dalam masakan pada hari tersebut. Gambar di bawah adalah daun ketumbar yang ditanam di AnjelFarmGarden.



Manakala di bawah pula dalah perbezaan antara Daun Sup dan Daun Ketumbar. Memahami beza daun ketumbar dan daun sup adalah satu kemahiran asas dapur yang penting, terutama bagi mereka yang sering memasak masakan tempatan atau antarabangsa.

Walaupun kedua-dua herba ini sering digunakan sebagai hiasan atau penambah rasa, perbezaannya amat ketara dari segi rupa, bau, rasa dan kegunaan. Oleh itu, dengan mengetahui perbezaan ini bukan sahaja dapat membantu kita membeli dengan tepat, malah mengelakkan kesilapan dalam penyediaan hidangan.



Kriteria Perbezaan

Daun Sup

Daun Ketumbar

1. Nama / label di pasar raya

Dikenali sebagai Celery Leaves / Chinese Celery.

Dikenali sebagai Coriander Leaves / Cilantro.

2. Akar

Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut.

Daun ketumbar pula akarnya bersaiz lebih besar dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.

3. Batang

Daun sup mempunyai batang yang lebih panjang

Batang daun ketumbar agak pendek

4. Daun

Daun sup lebih lebar tetapi agak jarang-jarang.

Saiz daun ketumbar lebih kecil dan agak rimbun atau rendang pokoknya.

5. Bau

Bau daun sup lebih harum dan lembut. Hampir semua orang suka baunya.

Bau daun ketumbar lebih kuat dan tajam. Malah, baunya yang seakan-akan bau sabun atau bau kumbang mungkin membuatkan sesetengah orang rasa kurang senang.

6. Kegunaan dalam masakan

Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.

Rasa daun ketumbar agak kuat dan ia seunik baunya juga. Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.

 








Sabtu, 2 Januari 2021

Benih Terung Bulat




Syukur, awal tahun 2021, terung bulat yang ditanam telah membuahkan hasil. Pokok Terung ini telah berusia 1 bulan.

Saya menggunakan biji benih dari kebun Saya sendiri. Benih adalah berkualiti kerana biji benih yang diambil adalah hasil dari tuaian pertama. Sememangnya tidak rugi jika kita bercucuk tanam sendiri  lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang mana kita perlu bijak dalam merancang kewangan serta berjimat cermat.

Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama bercucuk tanam dan merasai hasilnya. 


Jumaat, 1 Januari 2021

Happy New Year 2021

Semoga tahun ini membawa kesempatan lain untuk kita memperbaiki keadaan Dan membuka babak baru dalam hidup. SELAMAT TAHUN BARU 2021!


Rabu, 4 November 2020

BEZA Kacang Panjang Renek dan Kacang Panjang Biasa

Salam,

Rasanya tentu ada diantara kita tidak pernah mengenali Kacang Panjang Renek. Kebiasannya kita hanya mengambarkan atau mengenali Kacang Panjang biasa yang menjalar sahaja. Seperti yang pernah saya alami ketika dahulu, saya hanya mengenali kacang panjang ini apabila saya membeli biji benih yang dijual di MARDI, Serdang.  Setelah saya mencuba beberapa kali menanam sayur ini, ianya memang memberikan hasil yang amat memuaskan.


Kacang Panjang Renek

Kacang Panjang Biasa

Di sini ingin saya kongsikan perbezaan antara kacang panjang renek dengan kacang panjang biasa dari segi pemerhatian saya:

Kacang Panjang Renek

  • Pokoknya adalah renek iaitu (setinggi lutut)
  • Bentuk dan saiz buahnya lebih kurang sama dengan kacng panjang yang biasa.
  • Pokok ini lebih cepat matang tetapi jangka hanyatnya agak pendek berbanding pokok kacang biasa.
  • Penanaman kacang panjang ini boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg
  • Tidak perlu menggunakan tali untuk menjalar kerana pokok ini hidup secara renek sahaja. 
  • Sangat unik dan mudah dijaga. Tidak memerlukan kawasan yang luas. Sekadar tanam di tepi rumah sahaja dah mencukupi.
  • Boleh dituai selepas lima atau enam minggu 

Oleh itu, penanaman kacang panjang renek ini adalah amat sesuai sekali di kawasan rumah yang tidak memerlukan ruang yang besar dan juga sesuai ditanam di kawasan apartment. 

Sekian, perkongsian saya.


Pautan lain (Sila Klik)