Isnin, 10 Februari 2020

Kebaikan dan Manfaat Makan Cili




Sememangnya kita tahu cili mempunyai bermacam-macam jenis iaitu cili hijau, merah, cili Api, cili burung dan lain-lain. Tetapi tahukah anda, apa kebaikan dan manfaat cili pada kesihatan kita. 

Berikut adalah kebaikan dan manfaat memakan cili:  

1) Menyihatkan Jantung
  • Cili dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok.


2) Menjaga Mood (Penyenang Fikiran dan Jiwa)
  • Cili dikatakan dapat menenangkan fikiran dan jiwa kerana hormon endorfin yang dikeluarkan oleh otak dapat memberi nikmat, ketagihan dan menaikan selera walaupun ianya pedas.          


3) Menghilangkan Gejala Selesema
  • Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma.


4) Menurunkan berat badan
  • Cili dipercayai dapat membantu menurunkan berat badan kerana cili dapat meningkatkan kadar metabolisme dan pembakaran lemak. Tidak hairan lah jika kita makan cili pasti badan akan berasa berpeluh-peluh.        


5) Menghilangkan rasa sakit
  • Sekiranya kita mengalami sakit di tubuh badan, memakan cili dapat membantu menghilangkan rasa sakit kerana ia bertidak membuatkan otak melepaskan hormon endorfin.                      


6) Bertindak sebagai Antibodi    
  • Cili mempunyai ciri-ciri anti bakteria dan kerana cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar tadi akan melawan jangkitan tersebut.   



Isnin, 27 Januari 2020

Anak Pokok Cili Sakata F1 Hybrid 508


Salam bertemu lagi.

Masih teringat lagi tak beberapa minggu yang lepas saya ada tunjukkan anak pokok cili padi Sakata F1 Hybrid 508 yang berusia 12 hari. So, pejam celik anak pokok cili tersebut telah pun berusia 4 minggu. Gambar di bawah adalah anak pokok yang telahpun saya pindahkan ke Polibeg. Kalau dikira ada 24 Polibeg kesemuanya. Haraplah kesemua anak pokok ini tumbuh dengan subur dan sihat. Bukan apa perjalanannya ke peringkat matang masih jauh lagi. So, kita kena jaga sebaik-baiknya.




Pautan Berkaitan

Khamis, 16 Januari 2020

Angin bertiup kencang,Pokok Cili Tumbang Lagi. Adoi!

Salam,

Baru semalam kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kebun ini dilakukan. Hari ni pula tetiba sahaja hujan berserta angin turun dengan lebatnya menyebabkan banyak pokok cili yang tumbang. Haraplah dahan-dahan pokok cili tersebut tidak patah macam dulu. Kalau patah, menangislah nampaknya. Dahlah banyak anak-anak cili baru tumbuh. 

Inilah risikonya kalau tanam di Polibeg dan kita juga tidak boleh lari dari keadaan persekitaran. Tambahan pula struktur sokongan polibeg ini tak beberapa sesuai. Tetapi nak buat macam mana kan. Semua memerlukan kos untuk tambah baik. Ini dikira syukur kerana model struktur ini lebih baik daripada dahulu. Jadi, nampak gayanya lepas hujan berhenti saya kena buat balik susun atur polibeg.

TQ.



Isnin, 13 Januari 2020

Hasil Tuaian Cili Kulai, Minyak dan Padi

Syukur,

Hari ni dapat banyak hasil tuaian cili. Ada cili jenis Kulai, Cili Minyak dan Cili Padi. Antara ketiga-tiga jenis cili ini, yang paling pedas adalah cili padi dan yang tak pedas sangat ialah cili kulai dan Cili Minyak. Kebiasannya Cili padi ini digunakan untuk membuat sambal, manakala cili Kulai dan Cili Minyak untuk dibuat sayur atau sebagai perhiasan pada masakan. 

Kebiasannya saya akan gunakan cili ini untuk membuat sambal dan selebihnya saya akan jual dengan kawan-kawan. Tetapi buat masa sekarang banyak cili saya yang telah masak berbanding sebelum ini. Jadi saya tak ada pilihan, kali ini saya mencuba untuk menjual di kedai-kedai pula. Setiap pek saya jual dengan harga RM2.00. Harap-harap adalah orang membeli dan support local cili ini.
TQ.