Isnin, 3 November 2025

Buah Limau Kasturi

Selamat bertemu kembali.

Syukur, hari ini dapat memetik buah Limau Kasturi di AnjelFarmGarden. Walau hanya 1 pokok yang ditanam namum dapat membuahkan hasil yang banyak. Kebetulan pula sekarang musim batuk dan selesema, sekurang-kurangnya jus buah limau kasturi ini dapat membantu untuk tingkatkan sistem inum badan kita. 

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai Limau Kasturi.

Limau Kasturi atau dikenali sebagai "calamasi" merupakan tumbuhan yang berasal dari Filipina  dan telah tersebar ke Asia Tenggara terutamanya Malaysia. Pokoknya bersaiz rendah, buahnya bersaiz kecil, berwarna hijau kekuningan dan mempunyai rasa yang masam manis dan aroma yang menyegarkan. Kebiasaannya limau kasturi digunakan dalam masakan dan minuman ais yang popular seperti jus limau asam boi ais.

Kalau anda nak tahu, Limau kasturi mengandungi Vitamin C yang tinggi selain daripada buah jambu batu dan buah oren. Bukan itu sahaja, Buah limau kasturi mempunyai antioksidan padu lain seperti potassium, kalsium dengan Vitamin A. Secara ringkasnya, kelebihan Buah Limau Kasturi untuk kesihatan ialah:

  1.   Merendahkan kolestrol 
  2.   Immunitiy Booster
  3.   Energy Booster
  4.   Turunkan berat badan
  5.   Kaya dengan Antioksidan 
  6.   Menghalang keracunan makanan
  7.   Mengurangkan bau badan
  8.   Tingkatkan keanjalan kulit
  9.   Menyingkirkan toksin
  10.   Mengawal tekanan darah

Dengan itu, kepada mereka yang menggemari buah limau kasturi, pokok limau kasturi adalah pilihan yang terbaik untuk ditanam di kawasan rumah. 

Sekian, perkongsian saya untuk kali ini.






Khamis, 2 Oktober 2025

Buah Jambu Batu

Saya pasti mesti kebanyakan kita suka makan buah Jambu. Ada yang makan begitu sahaja bersama kuah rojak malah boleh juga dibuat minum jus buah. Apa pun citrasa makan yang kita suka buah jambu tetap mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan mampu menguatkan sistem imun daya tahan tubuh.

Buah jambu batu ialah tanaman yang tahan lasak dan mudah dijaga. Tidak heranlah banyak petani yang mengusahakan tanaman buah jambu ini. Buah jambu batu berjenis beri dan berbiji banyak.Bentuknya bulat, bujur seperti buah pir. 

Kini terdapat juga varieti jambu yang tidak mempunyai biji. Salah satu varienti yang popular ialah Jambu Batu Lohan yang terkenal dengan buahnya yang besar, manis dan ranggup.

Di AnjelFarmGarden, Jambu yang ditanam adalah jambu berjenis berbiji iaitu jambu batu Lohan.