Rabu, 26 November 2025

Kali pertama tanam Sayur Pokok Asparagus

🏡🏡🌈🌈💌💌

Sepanjang berkebun tidak pernah terlintas di fikiran untuk menanam sayur pokok Asparagus. Apatah lagi sebagai menu makanan seharian. Setahu saya Asparagus ini dijual dengan harga yang mahal dan untuk tanam dari benih pula agak sukar untuk tumbuh. Tambahan pula, pokok Asparagus ini berasal dari negara Eropah dan cara pertumbuhannya pula berbeza dengan negara Asia.

Pada bulan september yang lepas tergerak dalam hati ini ingin mencuba untuk menanam Asparagus dari biji benih. Ini kerana, selepas saya terbaca artikel mengenai Sayur Asparagus yang memiliki banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita, saya merasa teruja untuk mempunyai pokok Asparagus sendiri di laman rumah saya. Selain itu juga, Pokok Asparagus juga dapat dijadikan sebagai pokok perhiasan yang menarik kerana ia sangat lembut bila disentuh. 

Saya membeli biji benih Asparagus Jenama Trio dan disemai di beberapa buah polibeg dengan menggunakan media tanah campuran organik sahaja yang ada dijual di kedai kedai bunga. Selepas 2 minggu akhirnya benih bercambah dan kini Pokok Asparagus saya telah berusia 2 bulan dan tumbuh dengan jayanya. Akhirnya dapat juga menyentuh pokok Asparagus saya yang sangat lembut daunya. Diharapkan selepas ini dapat tumbuh dengan baik dan dapat dituai hasilnya. 

Bagi mereka yang gemar berkebun, anda boleh mencuba untuk menanam Asparagus ini. Tiada yang mustahil jika kita mencubanya." FAITH plant the seed, Love makes its grow." Sekian perkongsian saya. Masa akan datang saya akan ceritakan pula khasiat dan cara penjagaan Asparagus ini pula. Semoga bermanfaat.

Gambar di bawah adalah Pokok Asparagus yang ditanam @AnjelFarmGarden.





 


Selasa, 25 November 2025

Kacang Panjang Renek lagi!


🌈🌈🏡🏡💌💌

Pagi ini cuaca sangat cerah dan menceriakan hari ku di awal pagi. Haraplah cerah sampai ke petang, tetapi nanti pasti akan tiba-tiba hujan. Itulah kehidupan, apa-apa pun boleh terjadi. Apa yang pasti kita kena hadapi apa sahaja rintangan yang mendatang dan tugasan seharian juga perlu dijalankan seperti biasa. "Kena Bersemangat Setiap Masa" 💪💪

Pagi ini saya menjenguk sekejap ke kebun AnjelFarmGarden. Dari semalam lagi ingin meronda-ronda melihat semua sayur yang telah ditanam, tetapi semalam agak sibuk dan cuaca pula yang tidak menginzinkan. Saya masih teringat lagi bulan lepas, saya ada menyemai biji benih Kacang Panjang Renek atas permintaan kawan-kawan untuk dapatkan anak pokok. Syukur 5 anak pokok kacang panjang renek telah dijual dan selebihnya untuk AnjelFarmGarden. 

Jadi hari ini saya ingin tunjukkan keadaan Pokok Kacang Renek tersebut. Tada...Lihatlah hasilnya...Selepas sebulan..Semoga dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mencuba tanam pokok Kacang Renek Ini. "FAITH Plant the Seed, LOVE makes it Grow"

🫘⾖

Biji benih yang telah disemai pada 12/10/2025












Jumaat, 14 November 2025

Ramai yang tidak tahu khasiat Bawang Dayak.

Pernahkan anda mendengar sejenis herba yang dinamakan Bawang Dayak? Saya pasti ramai diantara kita tidak mengenali herba tersebut dan juga tidak pernah melihat bagaimana rupa sebenar Bawang Dayak.

Di sini ingin saya kongsikan mengenai apa itu bawang dayak, khasiatnya kepada kita dan juga pantangnya. Selepas mengetahui tentang herba ini, saya pasti anda akan suka dan ingin mencubanya.


 


Bawang Dayak atau nama saintifiknya ialah Eleutherine palmifolia atau dikenali juga sebagai Bawang Sabrang atau Bawang Berlian adalah sejenis herba tradisional yang banyak ditemui di wilayah kalimantan, Sarawak dan Sabah.

Bawang dayak ini mudah tumbuh dan senang dijaga kerana mudah membiak. Ia berbentuk ubi seperti bawang kecil dan berwarna merah keungguan serta mempunyai bunga berwarna putih. Selain itu daunnya pula berwarna hijau panjang dan tumbuh berumpun.

Bawang Dayak kaya dengan flavonoid, alkaloid, fenol, saponin, tannin, serta antioksidan semulajadi.

Manfaat Bawang Dayak:
1. Kesihatan Dalaman
  • Dapat enurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengawal gula darah baik untuk pesakit diabetes.
  • Dapat Melancarkan peredaran darah.
  • Menguatkan fungsi hati & ginjal. 
2. Anti-kanser & Antioksidan
  • Kandungan flavonoid berpotensi melawan pertumbuhan sel kanser.
  • Dapat mengurangkan risiko tumor.
3. Sistem Reproduktif Wanita
  • Dapat melancarkan haid yang tidak teratur.
  • Membantu masalah keputihan.
  • Mengurangkan nyeri haid.
4. Imuniti & Anti-radang
  • Menguatkan daya tahan tubuh.
  • Meredakan batuk, selsema, dan radang dalam badan.
5. Kecantikan & Kulit
  • Antioksidan membantu mencerahkan kulit.
  • Mengurangkan jerawat dan masalah kulit berminyak.


Cara penggunaan Bawang Dayak
1. Rebusan / Teh Bawang Dayak
  • Iris nipis bawang dayak (3–5 ulas kecil).
  • Rebus dengan 2–3 gelas air hingga tinggal 1 gelas.
  • Minum suam 1–2 kali sehari.
2. Serbuk / Kapsul (Produk Herba)
  • Ada dijual dalam bentuk serbuk atau kapsul → lebih mudah diamalkan.
3. Air Rendaman
  • Iris nipis bawang dayak, rendam dalam air panas.
  • Boleh diminum seperti teh herba.
4. Penggunaan Luar (kulit & luka)
  • Tumbuk bawang dayak segar, sapu pada kulit berjerawat atau luka ringan.

Pantang
  • Wanita hamil tidak digalakkan mengambil tanpa nasihat doktor.
  • Jangan ambil berlebihan, boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.
  • Sebaiknya rujuk doktor jika ada penyakit kronik (jantung, ginjal, diabetes).


Sekian perkongsian saya. Diharapkan maklumat ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kepada yang berminat untuk membeli herba Bawang Dayak ini, Sila klik pautan di bawah. ⛛




Rabu, 12 November 2025

JOM KENALI JENIS SAWI DAN KEGUNAANNYA

Sayur sawi sering digunakan dalam pelbagai masakan seperti tumisan, sup, dan meehoon. Tetapi kadang kala kita keliru untuk memilih mana satu sayur sawi yang sesuai dan sepadan dengan menu masakan tersebut. Untuk mereka yang baru mengenal sayur sawi, di bawah disertakan jenis dan kegunaaan sayur sawi tersebut. Sayur Sawi terbahagi kepada 5 jenis iaitu Sawi Hijau, Sawi Jepun (Pak Choy), Sawi Putih, Sawi Bunga dan Sawi Pahit (Kai Choy)



Setiap jenis Sawi ini pula mempunyai kegunaannya iaitu:

Sawi Putih: Sawi putih boleh digunakan dalam pelbagai masakan terutamanya masakan tumis dan masak lemak dan juga sebagai bahan utama dalam kimchi. Ia sesuai untuk hidangan ringkas seperti sawi putih tumis bawang putih atau tumis kicap, mahupun hidangan yang lebih kompleks seperti masakan korea.

Sawi Hijau: Sawi Hujau boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti ditumis bersama bawang putih dan cili, ditambah ke dalam mee, bihun atau kuew tiaw serta boleh juga dicampurkan dalam hidangan sayuran lain. Sayuran ini sesuai untuk hidangan ringkas dan cepat.

Sawi Jepun: Sawi Jepun boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti tumis bawang putih, masak sos tiram, atau sebagai bahan tambahan dalam hidangan seperti tahu telur.

Sawi Pahit: Sawi pahit juga dikenali sebagai Kai Choy. Boleh digunakan dalam masakan Asia seperti ditumis bersama ikan bilis dan ayam, dibuat sup atau dijadikan jeruk (kasam).Rasa pahitnya yang unik sesuai dipadankan dengan bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah,dan ikan bilis untuk menghasilkan hidangan yang seimbang.

Sawi Bunga: Sawi bunga boleh dimasak dengan mudah seperti dicelur dan ditumis bersama bawang putih serta sos tiram atau digoreng bersama bahan lain untuk hidangan yang lazat. Ia boleh disajikan sebagai hidangan sayuran sampingan sama ada dengan kuah yang pekat atau hanya digoreng hingga layu.


Isnin, 3 November 2025

Buah Limau Kasturi

Selamat bertemu kembali.

Syukur, hari ini dapat memetik buah Limau Kasturi di AnjelFarmGarden. Walau hanya 1 pokok yang ditanam namum dapat membuahkan hasil yang banyak. Kebetulan pula sekarang musim batuk dan selesema, sekurang-kurangnya jus buah limau kasturi ini dapat membantu untuk tingkatkan sistem inum badan kita. 

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai Limau Kasturi.

Limau Kasturi atau dikenali sebagai "calamasi" merupakan tumbuhan yang berasal dari Filipina  dan telah tersebar ke Asia Tenggara terutamanya Malaysia. Pokoknya bersaiz rendah, buahnya bersaiz kecil, berwarna hijau kekuningan dan mempunyai rasa yang masam manis dan aroma yang menyegarkan. Kebiasaannya limau kasturi digunakan dalam masakan dan minuman ais yang popular seperti jus limau asam boi ais.

Kalau anda nak tahu, Limau kasturi mengandungi Vitamin C yang tinggi selain daripada buah jambu batu dan buah oren. Bukan itu sahaja, Buah limau kasturi mempunyai antioksidan padu lain seperti potassium, kalsium dengan Vitamin A. Secara ringkasnya, kelebihan Buah Limau Kasturi untuk kesihatan ialah:

  1.   Merendahkan kolestrol 
  2.   Immunitiy Booster
  3.   Energy Booster
  4.   Turunkan berat badan
  5.   Kaya dengan Antioksidan 
  6.   Menghalang keracunan makanan
  7.   Mengurangkan bau badan
  8.   Tingkatkan keanjalan kulit
  9.   Menyingkirkan toksin
  10.   Mengawal tekanan darah

Dengan itu, kepada mereka yang menggemari buah limau kasturi, pokok limau kasturi adalah pilihan yang terbaik untuk ditanam di kawasan rumah. 

Sekian, perkongsian saya untuk kali ini.