Khamis, 19 Mac 2020
Rabu, 4 Mac 2020
Serangan Penyakit Antraknos pada Cili
Salam.
Hari ini saya berkesempatan untuk meninjau keadaan cili di kebun setelah beberapa hari hujan melanda di Bandar Kuching ini. Apabila diperhatikan, cili padi dan cili kulai berada dalam keadaan sihat. Tetapi apabila sampai di baris Cili Minyak, betapa terkejutnya saya melihat banyak buah cili hijau yang belum lagi masak telah dijangkiti penyakit iaitu Antraknos atau bintik berpusar. (Lihat gambar di bawah). Apabila dituai dan ditimbang lebih kurang 1 Kilo yang terkena penyakit ini. Betapa sedihnya bila melihat banyak cili yang berpenyakit. Bukan itu sahaja, malah membawa kerugian kerana tidak mencapai hasil tuaian yang optimum.
Ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai penyakit ini. Mudah mudahan dapat dijadikan rujukan kepada kita semua.
Penyakit: Antraknos atau bintik berpusar
Bahagian diserang: Buah
Simptom:
Ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai penyakit ini. Mudah mudahan dapat dijadikan rujukan kepada kita semua.
Penyakit: Antraknos atau bintik berpusar
Bahagian diserang: Buah
Simptom:
- Bintik berpusar berwarna hitam pada buah. Biasanya saiz bintk 3-4cm garis pusat pada buah cili. Jika jangkitan pada bahagian daun, simpton ialah bintik-bintik nekrotik.
Cara dan masa jangkitan:
- Kulat yang menyebabkan penyakit ini boleh menyerang buah pada peringkat masak dan buah hijau.
- Penyakit ini selalunya berlaku semasa musim hujan.
- Kulat ini tersebar melalui bawaan biji benih. Oleh itu, jangan menggunakan biji benih daripada buah yang berpenyakit. Jangkitan juga boleh berlaku di peringkat semaian.
Kaedah pengawalan:
- Amalkan giliran tanaman.
- Musnah dan buang buah berpenyakit.
- Guna biji benih yang bebas penyakit.
- Sembur dengan racun kulat seperti propineb, mancozeb, chlorothaloni, trifloxystrobin dan tebuconazole.
Selasa, 18 Februari 2020
Pokok Lemon di Kebun
Salam,
Beberapa hari ini saya asyik sibuk dengan hal-hal lain di luar sahaja. Meninjau kat kebun pun sekejap. Itupun sebap siram baja untuk pokok cili. Biasalah kan kalau kita tanam dalam dalam polibeg ni, memang hari-hari kita kena siram air. Kecualilah hujan turun dengan lebat sekali so tak payahlah nak siram sangat.
Memandangkan hari ini saya dah free. So, hari ini aktiviti yang saya buat kt kebun ialah memetik buah Lemon. Saya ada satu (1) Pokok Buah Lemon. Tetapi walaupun sepokok sahaja pokok ini tetap membuahkan hasil yang banyak. Buahnya pula besar dan mempunyai air yang banyak kalau diperah. Diminum pun memang sedap lebih-lebih lagi dicampur dengan madu. Boleh dikatakan subur dan sihatlah pokok lemon ini.
Bercerita mengenai Pokok Lemon ini, semestinya semua orang tahu kebaikan/ khasiat meminum air lemon ini. Salah satu khasiat yang semua orang tahu ialah ia boleh menurunkan berat badan/ melangsingkan badan sekiranya kita meminum air lemon di pagi hari sebelum bersarapan pagi. Lepas ini, hari harilah saya kena minum air lemon ni. Haraplah dapat pecahkan lemak-lemak yang ada kat perut ini. :)
Artikel Berkaitan
Langgan:
Catatan (Atom)