Ahad, 31 Ogos 2025

Selamat Hari Merdeka 2025


💌 “Selamat Hari Merdeka 2025! Teruslah kita bersatu membina negara tercinta” 💞




Rabu, 1 Januari 2025

Happy New Year 2025!

Selamat Tahun Baru 2025! Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya!



Sabtu, 12 Oktober 2024

Buah Ciku

 


        

Buah ciku beriklim tropika atau nama saintifiknya ialah "Manilkara zapota" merupakan buah tropika yang dikatakan berasal daripada Amerika Tengah. Kini juga ditanam di kawasan beriklim tropika seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia. 

Buah ciku berwarna coklat gelap dan mempunyai biji di tengahnya. Rasanya manis dan isinya lembut apabila masak ranum. Ciku selalunya dimakan secara segar dan juga boleh diproses menjadi jem dan jus. Buah ciku mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri. Selain itu, ciku juga kaya dengan antioksudan dan memiliki banyak manfaat.

Gambar di atas adalah buah ciku yang ditanam di AnjelFarmGarden. Pokok ciku ini berusia 5 tahun. Mempunyai buah yang besar dan lebat.