Jumaat, 31 Disember 2021

💖🌹🍅🍆  

Anjel Farm & Garden ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2022 kepada anda semua. Semoga tahun ini lebih baik dan bermakna lagi dari tahun-tahun sebelumnya. 💖👇


Selasa, 7 September 2021

Maksud di sebalik Bunga Mawar Merah Jambu

Salam,

Saya pasti bunga Rose merupakan antara bunga yang paling digemari di seluruh dunia dan sering dijadikan tanda cinta, kasih sayang dan persahabatan yang erat. Sama juga seperti saya yang amat menggemari bunga rose terutamanya rose berwarna merah jambu dan rose merah.

Bunga Rose mempunyai pelbagai warna dan juga jenis. Ada yang berwarna merah, oren, unggu, kuning dan jenisnya pula ada yang kecil (mini) dan juga jenis yang besar. Di AnjelFaemGarden terdiri bunga rose yang bersaiz kecil dan besar seperti Rose Jepun. Mini Rose Merah dan juga Rose besar.

Hari ini ingin saya kongsikan sedikit maksud mengenai bunga mawar merah Jambu (Rose Pink) yang ditanam di AnjelFarmGarden.  Bunga mawar merah jambu ini membawa maksud kekaguman, kebahagian, kelembutan, rasa cinta, persahabatan, kelegaan dan kebebasan dan sesuai khasnya untuk golongan muda. 

Gambar di bawah adalah Bunga Mawar merah jambu yang ada di AnjelFarmGarden.












Khamis, 22 Julai 2021

Pokok Cili Tumbang

 

Salam,

Pagi ini terasa sejuk sekali maklumlah hujan lebat turun dengan angin yang kencang malam tadi. Di fikiran pula tiba-tiba teringat akan tanaman cili di belakang rumah. Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik. Biasa nya kalau bulan Julai memang cuaca di kuching ini akan selalu hujan berterusan dan ini akan membuatkan  banyak tanaman mudah dijangkiti penyakit. Dalam hati ini berharap agar semua tanaman tiada yang rosak dan tumbang.

Selepas membersihkan diri, saya dengan langkah lajunya menuju ke halaman belakang rumah. Alangkah sedihnya dalam hati kerana hampir kesemua pokok cili saya tumbang. Dan ini akan mengambil masa seharian di kebun untuk mengatur semula alat sokongan pada pokok-pokok yang tumbang.  Sila lihat gambar di bawah.

Sedih bila melihat pokok cili seperti ini tumbang. Dahan-dahannya pula ada yang patah. Begitulah risiko yang perlu kita hadapi jika membuat tanaman fetigasi jenis terbuka. Apa-apapun kita kena bersedia untuk menghadapinya.