Khamis, 16 Januari 2020

Angin bertiup kencang,Pokok Cili Tumbang Lagi. Adoi!

Salam,

Baru semalam kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kebun ini dilakukan. Hari ni pula tetiba sahaja hujan berserta angin turun dengan lebatnya menyebabkan banyak pokok cili yang tumbang. Haraplah dahan-dahan pokok cili tersebut tidak patah macam dulu. Kalau patah, menangislah nampaknya. Dahlah banyak anak-anak cili baru tumbuh. 

Inilah risikonya kalau tanam di Polibeg dan kita juga tidak boleh lari dari keadaan persekitaran. Tambahan pula struktur sokongan polibeg ini tak beberapa sesuai. Tetapi nak buat macam mana kan. Semua memerlukan kos untuk tambah baik. Ini dikira syukur kerana model struktur ini lebih baik daripada dahulu. Jadi, nampak gayanya lepas hujan berhenti saya kena buat balik susun atur polibeg.

TQ.



Isnin, 13 Januari 2020

Hasil Tuaian Cili Kulai, Minyak dan Padi

Syukur,

Hari ni dapat banyak hasil tuaian cili. Ada cili jenis Kulai, Cili Minyak dan Cili Padi. Antara ketiga-tiga jenis cili ini, yang paling pedas adalah cili padi dan yang tak pedas sangat ialah cili kulai dan Cili Minyak. Kebiasannya Cili padi ini digunakan untuk membuat sambal, manakala cili Kulai dan Cili Minyak untuk dibuat sayur atau sebagai perhiasan pada masakan. 

Kebiasannya saya akan gunakan cili ini untuk membuat sambal dan selebihnya saya akan jual dengan kawan-kawan. Tetapi buat masa sekarang banyak cili saya yang telah masak berbanding sebelum ini. Jadi saya tak ada pilihan, kali ini saya mencuba untuk menjual di kedai-kedai pula. Setiap pek saya jual dengan harga RM2.00. Harap-harap adalah orang membeli dan support local cili ini.
TQ. 


























Khamis, 9 Januari 2020

Semai Cili Padi Sakata F1 Hybrid 508

Salam,

Hari ini rasa teruja bila melihat anak pokok cili padi Sakata F1 Hybrid 508 yang saya semai beberapa minggu yang lepas tumbuh dengan sihat sekali. Kalau dikira, anak pokok ini baru berusia 12 hari. Benih cili ini saya beli dengan harga RM40 sepeket. Benih ini dikatakan berasal dari Indonesia dan diperbuat Di Jepun.

Saya memilih untuk mencuba menaman pokok cili ini kerana ia bukan sahaja mempunyai rasa pedas dan sesuai digunakan untuk masakan, tetapi dikatakan senang ditanam di iklim Malaysia dan mempunyai daya tahan serangan penyakit yang tinggi. Di samping itu, pokok cili ini juga mampu mengeluarkan hasil yang lebat. 

Saiz buah cili ini adalah 7.5 -8.0 cm panjang, 1.0 - 1.2cm diameter, 2.5 -3.0gram/biji berat.

Diharapkan anak pokok ini dapat membesar dengan sihat dan dapat mengeluarkan hasil yang lumayan.