Rabu, 14 Ogos 2019

Pokok Cili tumbang ditiup angin.

Hari ini tanggal 14 ogos 2019. Petang ini hujan berserta ribut telah melanda kebun miniku. Dalam sekelip mata sahaja semua pokok cili yang berdiri teguh telah tumbang disebabkan angin yang kuat. 

Betapa sedihnya rasa hati. Bukannya apa, baru pagi tadi aktiviti pembersihan kebun seperti membuang daun daun yang tua dan rosak dilakukan. Dalam hati juga berdoa semoga dahan dahan pokok cili tak ada yang patah. Kalau tidak ianya merugikan sahaja.

Inilah cabarannya bila kita bercucuk tanam. Tak semudah yang kita fikirkan. Apapun kita belajar dari kesilapan. Kemungkinan alat sokongan pokok cili tak begitu kuat menyebabkan ia tidak mampu menyokong semua pokok cili tersebut. Dibawah ditunjukkan pokok cili yang tumbang disebabkan hujan dan angin yang kuat. Sedih kan. Nak menangis pun ada. Kesian pokok ciliku..:-(








Khamis, 4 Julai 2019

Cili Padi kali pertama masak

Untuk pertama kalinya, Pokok Cili Padi di Anjel Farm Kuching telahpun masak dan boleh dituai setelah sekian lama/ berbulan lama.

Jika dikira, terdapat 8 biji buah pokok cili yang telah masak. Yang lain tunggu dalam seminggu lagi untuk tuaian selanjutnya.  Kata orang dulu-dulu, biji buah pokok cili yang pertama kalinya masak amat sesuai dijadikan benih cili. Ini kerana pokok cili tersebut masih dalam keadaan yang sihat dan terhindar dari penyakit. Ia juga mampu menghasilkan buah cili yang baik dan berkualiti.




Selasa, 18 Jun 2019

Pokok Cili Padi berbuah

Petang tadi menjenguk kebun Anjel Farm Kuching, yey!! tak lama lagi bolehlah petik buah Pokok Cili padi ini. Ada 12 Pokok Cili padi yang ditanam. Buahnya besar dan pedas.Tak sabar juga sebenarnya nak cuba rasa cili ini.