Catatan

Hasil Pokok Cili Padi

Imej
Syukur, bila hari ni dapat hasil cili padi yang amat memberangsangkan. Walaupun hanya 12 pokok, namun hasil yang dituai diluar jangkaan, iaitu sebanyak 620g. Buahnya yang merah menyala ditambah lagi saiz buah yang besar membuatkan segala penat lelah selama ini hilang bila ianya membuahkan hasil.  Seronok kan bila melihat tanaman tumbuh dengan suburnya. Harap lepas ini ia dapat menaikkan lagi semangat untuk terus berkebun.  Cili padi 620g

Pokok Cili tumbang ditiup angin.

Imej
Hari ini tanggal 14 ogos 2019. Petang ini hujan berserta ribut telah melanda kebun miniku. Dalam sekelip mata sahaja semua pokok cili yang berdiri teguh telah tumbang disebabkan angin yang kuat.  Betapa sedihnya rasa hati. Bukannya apa, baru pagi tadi aktiviti pembersihan kebun seperti membuang daun daun yang tua dan rosak dilakukan. Dalam hati juga berdoa semoga dahan dahan pokok cili tak ada yang patah. Kalau tidak ianya merugikan sahaja. Inilah cabarannya bila kita bercucuk tanam. Tak semudah yang kita fikirkan. Apapun kita belajar dari kesilapan. Kemungkinan alat sokongan pokok cili tak begitu kuat menyebabkan ia tidak mampu menyokong semua pokok cili tersebut. Dibawah ditunjukkan pokok cili yang tumbang disebabkan hujan dan angin yang kuat. Sedih kan. Nak menangis pun ada. Kesian pokok ciliku..:-(

Cili Padi kali pertama masak

Imej
Untuk pertama kalinya, Pokok Cili Padi di Anjel Farm Kuching telahpun masak dan boleh dituai setelah sekian lama/ berbulan lama. Jika dikira, terdapat 8 biji buah pokok cili yang telah masak. Yang lain tunggu dalam seminggu lagi untuk tuaian selanjutnya.  Kata orang dulu-dulu, biji buah pokok cili yang pertama kalinya masak amat sesuai dijadikan benih cili. Ini kerana pokok cili tersebut masih dalam keadaan yang sihat dan terhindar dari penyakit. Ia juga mampu menghasilkan buah cili yang baik dan berkualiti.

Pokok Cili Padi berbuah

Imej
Petang tadi menjenguk kebun Anjel Farm Kuching, yey!! tak lama lagi bolehlah petik buah Pokok Cili padi ini. Ada 12 Pokok Cili padi yang ditanam. Buahnya besar dan pedas.Tak sabar juga sebenarnya nak cuba rasa cili ini.

Tahukah anda apa jenis cili ini?

Imej
Pagi tadi tiba-tiba Makcik Cina sebelah rumah panggil. Ingatkan apa, rupa-rupanya dia bagi satu biji cili merah ini untuk ditanam di kebun saya. Katanya cili ini sedap dimakan dan sesuai untuk masakan seperti mee goreng kerana rasanya tidak terlalu pedas. Bila ditanya cili ini jenis apa, katanya dia pun tak tahu..hihihi. Maklumlah sesetengah pembeli manalah tahu cili jenis apa yang dijual di pasar/ pasaraya. Yang mereka tahu cili padi dan cili besar sahaja.  Saya sendiri pada mulanya pun tidak pasti apakah jenis cili ini. Kalau dilihat dari segi fizikal, saiznya kecil dan warnanya merah tapi bukan berkilat. Dalam fikiran ini hanya satu sahaja iaitu mungkin cili solok. Tapi biasanya cili solok bersaiz besar.  Bagi anda pula? Cili ini jenis apa?

Hasil Pokok Cili Kulai

Imej
Akhirnya, masa ditunggu-tunggu, buah Pokok Cili Kulai di Anjel Farm telah pun masak dan boleh dituai. Jika dilihat warnanaya amat menarik dan kelihatan segar sekali.  Kalau nak tahu, Cili kulai ini rasanya memang pedas dan rasa rangup bila dimakan. Panjang buah adalah sekitar 8-10 cm serta berat buah 7-10g/biji. Ianya juga boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama. Kebanyakan pelanggan yang membeli cili di Anjel Farm Kuching ini amat menyukai cili kulai ini untuk tujuan pengunaan segar/ masakan harian. Diharapkan Anjel Farm Kuching dapat berkembang lagi dari semasa ke semasa. Terima kasih.