Catatan

Tunjukkan catatan dari 2026

KEAJAIBAN BULAN OKTOBER - POKOK MANGGA GAJAH MERAH SUDAH BERBUNGA

Imej
Hari ini hari ke-5 di bulan Oktober 2026. Bulan yang penuh dengan harapan. Semoga hilanglah jerebu di muka bumi kenyalang ini (sarawak) dan digantikan dengan awan biru yang kita selalu dambakan kerana bukan kita sahaja yang inginkan hari yang ceria bahkan tanaman juga memerlukan cahaya untuk tumbuh berkembang. Pagi ini saya berjalan-jalan di sekitar kebun sambil membelek-belek pokok-pokok dan tanaman yang sedia ada di kebun. Ada beberapa tanaman yang perlu dipangkas dan disusun atur tempatnya. Ada juga perlu dibuat pembajaan dan penambahan pokok baru serta membersihkan daun-daun yang berguguran.  Kali ini mata tiba-tiba tertumpu pada sepohon pokok mangga yang terletak tidak jauh dari pintu pagar belakang rumah saya. Nampak macam sesuatu terjadi pada P okok Mangga Gajah  tersebut. Ya, rupanya pokok mangga itu sudah berbunga. Syukur sekali selepas 3 tahun menunggu, akhirnya berbuah juga.  Haraplah kali ini ada yang menjadi. Anak pokok ini saya beli di kedai nursery 3 t...

OKTOBER DATANG LAGI..

Imej
Selamat datang ke bulan Oktober 2026 , tinggal 3 bulan lagi untuk kita sampai ke penghujung tahun. Semoga bulan ini membawa lebih banyak ketenangan, rezeki yang melimpah luah, kesihatan yang berpanjangan serta perkara-perkara yang baik dalam hidup kita semua.  Doakan juga semua urusan di AnjelFarmGarden berjalan dengan baik, dilimpahkan rezeki yang luas dan menjadi bulan yang luar biasa penuh dengan harapan baru dan semangat baru. Sekali lagi:  HELLO OKTOBER 2026! 

MARI KENALI BUAH CILI

Imej
Siapa yang tidak mengenali buah Cili. Buah Cili adalah sejenis sayuran berbuah yang terkenal dengan rasa pedasnya. Rata- rata semua golongan masyarakat masa kini suka makan masakan yang berasaskan cili. Ada sesetengahnya pula suka makan yang mentah sahaja. Tidak hairanlah buah cili sangat laku di pasaran walaupun  harga dijual juga mahal.  Di Malaysia terdapat ramai pengusaha cili. Ada diantara mereka mengusahakan cili untuk kegunaan produk masing-masing dan setiap daripada pengusaha cili tersebut mengusahakan cili jenis yang berbeza-beza. Produk yang dihasilkan berasakan cili pun banyak jenis dipasarkan seperti yang kita boleh dapati di kedai-kedai. Buah cili adalah mempunyai banyak jenis dan bentuk. Antara yang popular ditanam di Malaysia adalah:  1) Cili Padi - seperti cili burung. sesuai untuk membuat sambal serta masakan pedas. Mempunyai tahap kepedasan yang tinggi. 2) Cili Besar - seperti cili Kulai, MC1. Sesuai untuk pengeluaran cili merah segar atau dikisar 3) C...

OBSES DENGAN BUNGA MAWAR/ ROSE

Imej
Setiap daripada kita mempunyai minat masing-masing terhadap bunga. Ada yang sukakan bunga Lily, bunga Orkid, bunga Matahari, bunga Raya, bunga Kertas dan banyak lagi. Begitu juga saya, sejak dibangku sekolah lagi saya sangat sukakan bunga Mawar/ Rose. Tetapi untuk mendapatkan yang segar segar pada masa tersebut adalah sangat mahal dan sukar kerana kebanyakannya diimport dari negara luar. Saya menyukai pokok bunga mawar kerana: Bentuknya unik iaitu relatif bulat dan tersusun dari lapisan kelopok atau mahkota bunga yang berlapis.  Mempunyai warna yang berwarna-warni dan cantik seperti warna putih, merah, kuning, unggu (lavender), merah jambu, Oren dan biru. Terkenal dengan keharumannya yang wangi dan menyenangkan kerana tidak semua bunga rose mempunyai bau yang sama. Ada yang bau buah stirus, lavender, rempah dan bau klasik rose.  Saya mula obses dengan bunga mawar apabila suami saya balik dari konvokesyen di Switzealand pada tahun 2018. Pada masa itu, adalah musim bunga di ...

JANGAN BUANG KELOPAK BUNGA MAWAR MERAH..BANYAK KEGUNAANNYA.

Imej
Ramai diantara kita tidak tahu bahawa kelopak bunga Mawar/ Rose Merah mempunyai banyak kegunaannya selain daripada sebagai mandi bunga khususnya.  Dahulu, semasa saya baru berjinak dalam mengenali bunga  Mawar/ Rose   Merah  ini pun saya selalu membuang kelopak bunganya yang telah menjadi layu tanpa mengetahui ia mempunyai banyak kegunaannya. Sehinggalah suatu hari, ada seorang makcik sebelah rumah yang saya sewa menegur saya membuang banyak kelopak bunga rose tersebut dan makcik itulah yang menceritakan kegunaan  kelopak bunga Mawar/ Rose Merah . Dan dari situlah saya baru tahu ia mempunyai banyak kegunaan dan khasiatnya.  Antara kegunaan dan khasiatnya ialah: 1)     Dijadikan sebagai " Teh Herba Rose"  bebas kafein dengan kelopak Mawar/ Rose Merah segar atau kering direndam dalam air panas . Dengan meminum air ini, ia dapat:  melancarkan sistem penghadaman dan meningkatkan fungsi hati.  meredakan kekejangan perut dan melanc...

Apa itu Bunga Kembang 10 pagi?

Imej
Kepada mereka yang meminati Bunga Mawar/ Rose, semestinya mengetahui apa itu bunga kembang 10pagi? Ingin tahu lebih lanjut, sila baca sampai habis. Bunga Kembang 10 pagi adalah Bunga Rose Jepun ( Japanese Rose ) .  Nama saintifiknya ialah Portulaca grandiflora. Ia dipanggil Bunga kembang 10 pagi kerana apabila cahaya matahari mula terik sekitar pukul 9.30pagi atau 10 pagi , ia memberi syarat kepada sel-sel bunga untuk berkembang dan pada ketika itu bunga tersebut akan kembang mekar dengan meriahnya. Pada ketika itulah anda akan merasa teruja melihat kecantikan dan keindahan bunga tersebut tambahan lagi jika bunga tersebut ditanam dengan pelbagai jenis warna bunga. Apa yang anda perlu tahu juga adalah Pokok Bunga Rose Jepun ini akan mengucup semula selepas lewat tengah hari apabila suhu terlalu panas atau cahaya berubah kerana bagi mengelakkan kehilangan air yang banyak dan melindungi bahagian dalam bunga.  Saya memilih untuk menanam pokok Bunga Rose Jepun ini di AnjelFarm...

MAKSUD DI SEBALIK BUNGA MAWAR/ ROSE OREN

Imej
Kadang-kala Pokok bunga Mawar/ Rose inilah yang mampu memberikan ketenangan dan damai di hati. Walaupun banyak kali tangan dilukai oleh durinya yang tajam tapi ia tetap disayangi.  Jika anda mengenali seseorang yang pencinta bunga Mawar/ Rose, pastinya dia adalah seorang yang mempunyai hati yang lembut dan memahami. Mereka juga faham dan mengerti maksud di sebalik warna bunga mawar/rose tersebut.  Sekiranya seseorang sama ada seorang lelaki atau perempuan pernah memberikan anda bunga mawar/rose, yakinilah bahawa dia mempunyai maksud tersirat yang anda perlu tahu.  Jika, ia adalah Bunga Mawar/Rose berwarna OREN, warna oren terhasil daripada campuran warna kuning (persahabatan) dan merah (cinta) maksudnya: 1) seseorang itu mahu  hubungan yang lebih serius dan romantik. 2) seseorang itu merasa tertarik, terpesona dan rasa keinginan yang kuat terhadap anda. 3) seseorang itu merasa bangga dan menghargai pencapaian anda 4) sebagai permulaan baharu dan kegembiraan dalam h...

Selamat Hari Merdeka! Malaysiaku tercinta!

Imej
 

All About Roses!

Imej
Sememangnya semua kita pasti menyukai bunga Mawar / Rose walaupun mempunyai duri yang tajam, tetapi mempunyai bau yang harum dan wangi, Sama seperti saya, walaupun berkali-kali jari dilukai oleh duri bunga Mawar, namun bunga ini tetap dijaga dan disayangi. 🌹🌹 Begitu juga dengan kehidupan, walaupun kita seringkali dilukai oleh orang yang kita sayangi, namum kita tetap memilih untuk bertahan dan terus saling sayang - menyayangi. 🌹🌹 Tontonilah video di bawah.👇  

Kenali tumbuhan HERBA yang mudah ditanam di rumah.

Imej
Saya pasti banyak di kalangan kita mengenali tumbuhan Herba yang banyak khasiat dan kegunaannya kepada kita. Ada yang boleh dibuat sebagai ulam, masakan dan juga boleh disapu trerus pada badan.  Semua tumbuhan HERBA ini sangat mudah ditanam di rumah dan tidak memerlukan ruang persekitaran yang besar. Ada juga tumbuhan HERBA yang dijual dan boleh beli secara terus di kedai Shopee:  AnjelFarmGarden   Oleh itu, kepada mereka yang tidak berberapa kenali tumbuhan HERBA ini, sila tontoni video Herba yang ditanam di AnjelFarmGarden di bawah. Selamat menonton. Video di bawah.👇

Ubat Penawar Batuk

Imej
Pokok Herba Bangun-Bangun. Kebiasannya apabila kita mengalami batuk-batuk, kita pasti akan pergi ke klinik kesihatan atau farmasi yang berdekatan untuk mendapatkan ubat.  Tahukah anda zaman dahulu nenek moyang kita hanya menggunakan herba tradisional untuk merawat atau melegakan batuk iaitu dengan menggunakan pokok herba bangun-bangun. Pokok herba bangun-bangun ini terkenal dengan nama pokok ubat batuk kerana mempunyai banyak khasiat seperti: Merawat sakit kepala Meredakan Usler Merawat batuk, asma dan selesema Membantu ibu menyusu memperbanyak susu badan Melancarkan saluran pernafasan Melancarkan pembuangan air kecil Cara pengunaan pokok bangun-bangun untuk kesihatan dan masakan ialah dengan merebus daunnya untuk minum air, meramas untuk letak di dahi, atau makan segar sebagai ulam.  Saya selalu menggunakan pokok herba ini dengan merebus daunnya untuk dapatkan airnya dan dicampur dengan sedikit madu. Hasilnya memang sangat berkesan.  Di bawah adalah gambar dan video...

Petik Buah Mangga Ajaib dan Jambu Batu

Imej
Salam, Hari ini jalan-jalan di kawasan kebun untuk menjenguk sekejap pokok buah mangga Taiwan dan juga buah jambu batu. Manalah tahu kan satu buah mangga ajaib itu sudah boleh dipetik.  Saya gelarkan buah manga ajaib kerana dulu pokok mangga ini sudah berbunga tetapi semua bunga gugur. jadi rasa kecewa jugalah kerana hampir 3 tahun tak berbuah, bunganya asyik gugur sahaja. Dipendekkan cerita selepas semua bunga gugur saya tak ada lagilah jenguk 1 pohon pokok mangga ni.  Jadi, suatu hari(lebih kurang 1 bulan selepas bunga gugur) hati saya tergerak untuk jalan-jalan sekitar kebun sambil melihat-lihat pokok mangga tersebut tiba-tiba mata saya saja ternampak 1 biji buah mangga pada pokok tersebut dan buah itu pun besar lebih kurang macam buah mangga Chokanan. Rupa-rupanya buah tersebut terlindung dari daun-daun pokok dan berada di atas sekali.  Saya apa lagi happylah. Syukur atleast ada satu yang berbuah selepas 3 tahun menunggu. 

Khas untuk mereka yang minat nak tanam Sayur Pak Choy

Imej
Salam, Di sini saya ingin kongsikan macam mana cara saya menanam sayur Pak Choy dan cara penjagaannya supaya pokok sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur.  Sebenarnya untuk menanam sayur-sayuran ini bukannya susah sangat. Apa yang penting kita kena tahu jenis-jenis tanah yang sesuai untuk digunakan dari mula penyemaian benih hinggalah sayur boleh dipetik.  Di bawah saya ringkaskan cara-cara penyemaian dan penjagaan sayur Pak Choy yang telah saya semai selama sebulan yang lepas. Benih sayur ini saya beli jenama keluaran Trio. Bagi mereka yang baru ingin tanam sayur ini bolehlah maklumat ini menjadi rujukan.  Penyemaian - Semai biji benih menggunakan media seperti peat moss . Benih biasanya mula bercambah dalam masa 3-5 hari. Pengalihan - Apabila anak pokok sudah mengeluarkan 4 hingga 5 helai daun (sekitar hari ke-20) , alihkan ia ke dalam pasu sebenar atau batas pada waktu lewat petang agar pokok tidak terkejut dengan cuaca panas. Saya tanam dalam batas sebap sen...

Cara Jaga Pokok Bunga Mawar Mini Supaya Rajin Berbunga & Tahan Panas

Imej
Ramai pelanggan tanya saya bagaimana cara saya menjaga Pokok Mini Bunga Mawar supaya rajin berbunga dan tahan panas. Menjaga mawar mini (miniature roses) sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Walaupun saiznya kecil, ia mempunyai ketahanan yang tinggi jika kena dengan caranya.   Kebiasannya saya hanya amalkan 5 rahsia utama amalan penjagaan utama secara berterusan untuk memastikan pokok bunga mawar mini ini sentiasa meriah berbunga dan kebal menghadapi cuaca panas seperti berikut: 1. Pencahayaan yang Cukup (Tetapi Berperingkat)           Mawar mini sukakan cahaya matahari untuk proses pembungaan yang optimun. Sinar Matahari: Pastikan ia mendapat sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam cahaya matahari terus sehari (sebaik-baiknya matahari pagi). Tips Tahan Panas:  Jika cuaca terlalu terik (melebihi 35°C), letakkan sedikit jaring teduhan (netting) atau alihkan pasu ke kawasan yang mendapat luaran teduh pada waktu tengah hari bagi mengelakkan daunya ...

Khasiat Daun Moringa Yang anda tidak tahu!

Imej
Jom kenali Pokok Moringa. Pokok ini saya tanam di AnjelFarmGarden kerana ia mempunyai banyak khasiatnya pada kesihatan kita. Anak-Anak pun suka makan daun ini lebih-lebih lagi bila dicampur dengan kari ikan atau samar. Daun Moringa (kelor) kaya dengan nutrien seperti vitamin A, C, dan mineral yang membantu mencegah malnutrisi, meningkatkan imuniti, dan mengawal paras gula darah serta kolesterol. Ia juga dikenali sebagai "Pokok Ajaib" kerana sifatnya yang antioksidan, anti radang dan keupayaannya menyokong kesihatan jantung serta otak. Lihat video di bawah.

Pokok Semambu /Pokok Neem

Imej
Salam.  Mari saksikan video mengenai Kegunaan Pokok Semambu / Pokok Neem. Pokok Neem ini ditanam sendiri di Anjel Farm Garden. Kebiasaannya seminggu sekali saya akan didihkan daun neem ini sebagai mandian herba dengan campurkan sekali bersama daun herba yang lain.  Tujuannya adalah untuk melegakan masalah kulit seperti gatal-gatal, ruam dan demam campak kerana sifatnya yang antibakteria dan antiradang semula jadinya membantu menyejukkan badan. Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada kita semua terutamanya mereka yang baru mengenali tumbuhan herba ini.

Video Kacang Panjang Renek

Imej
Ramai yang tanya macam mana nak tanam Kacang Panjang Renek? Senang je hanya tanam dalam polibeg sudah cukup. Tidak perlu kawasan yang besar. Cuma kalau boleh letakkan polibeg tersebut tinggi sedikit kerana apabila kacang panjang tersebut sudah membesar, ia tak akan jatuh ke tanah. Lihat video di bawah.

Selamat Hari Pekerja 2026

Imej
Angel Farm&Garden ingin mengucapkan Selamat  Menyambut Hari Pekerja 2026 pada semua yang kuat berusaha dan bekerja.  

Sayur Bunga Pagoda Cauliflower

Imej
🌈🌈❤❤ Adakah anda mengenali Sayur Bunga Pagoda? Saya pasti ramai diantara kita tidak pernah menjumpai Sayur pagoda ini bahkan tidak tahupun kewujudan sayur ini. Begitu juga saya kerana hari ini adalah pertama kali saya mengenali dan membeli sayur Pagoda Cauliflower di supermarket. Bentuknya yang unik seperti menara spiral berlapis-lapis seperti pagoda, dengan corak geometri semua jadi menjadi tarikan dan nampu menawan hati kita untuk membeli bagi merasa sayur tersebut walaupun  harga nya mahal iaitu RM12.00 sekilo. Menurut makcik yang saya jumpa di supermarket hari ini, Sayur Pagoda ini boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti:  Tumis Bawang Putih Masak Lemak Goreng Rangup Masakan suo Stir Fry Cina Style. Di bawah ditunjukkan rupa bentuk Sayur pagoda tersebut.  Kepada mereka yang baru tahu sayur ini bolehlah mencuba. ❤❤🅟🅐🅖🅞🅓🅐

Thank You For Your Order

Imej
  💓💓Thank You Customer for Your Trust & Supporting my small business.  I Hope this package brightens your day. # Thank You For Your Repeat Order!💗💗 #Anak Pokok Mini Rose Flower 🌹🌹😍😍

Red Mini Rose FOR SALE!!

Imej
Salam, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Red Mini Rose ini boleh tekan link di bawah. Stok adalah terhad.Terima Kasih. 👇👇 Red Mini Rose FOR SALE @AnjelFarmGarden  

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026

Imej
 

Mini Rose Flowers

Imej
Enjoy watching this video 👇

Khasiat Buah Nanas

Imej

Petik buah Nanas @AnjelFarmGarden

Imej
Syukur, permulaan tahun 2026, 1 biji buah nanas MD2 di Anjel Farm Garden yang ditanam dalam pasu selama 14 bulan telahpun matang dan kini boleh dipetik. Rasanya manis dan sedap bila dimakan. Sebenarnya buah nanas ini adalah mudah untuk ditanam. Kita hanya perlu menggunakan jambul (mahkota) atau sulur nanas sahaja. Kemudian bersihkan jambul tersebut dan biarkan kering di tempat teduh selama 2-3 hari. Untuk ditanam ke dalam tanah pula, pastikan jambul tersebut ditanam sedalam 3 inci ke dalam tanah (atau pasu) dan padatkan tanah di sekelilingnya. Dari segi penjagaan buah nanas ini sangat mudah kerana ia sukar dijangkit penyakit, siraman kebiasannya saya lakukan sekurang-kurangya 3 kali seminggu dan pembajaan menggunakan baja NPK (15:15:15) mengikut sukatan. Kalau anda tahu, buah nanas ini mempunyai banyak khasiat iaitu: Meningkatkan Imunisi badan kerana mengandungi Vitamin C dan antioksidan yang tinggi.  Mengatasi dan Mencegah Sembelit Meringankan Radang Usus Meningkatkan Kesihatan Tu...

Selamat Tahun Baru 2026

Imej
Selamat Tahun Baru 2026! Semoga tahun yang baru ini membawa lebih banyak kegembiraan, kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan, serta menjadi lembaran baru untuk meraih impian dan manjadikan diri lebih baik, dengan semangat baru dan penuh harapan. #AnjelFarmGarden