Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Pokok Lemon di Kebun

Imej
Salam, Beberapa hari ini saya asyik sibuk dengan hal-hal lain di luar sahaja. Meninjau kat kebun pun sekejap. Itupun sebap siram baja untuk pokok cili. Biasalah kan kalau kita tanam dalam dalam polibeg ni, memang hari-hari kita kena siram air. Kecualilah hujan turun dengan lebat sekali so tak payahlah nak siram sangat.   Memandangkan hari ini saya dah free. So, hari ini aktiviti yang saya buat kt kebun ialah memetik buah Lemon. Saya ada satu (1) Pokok Buah Lemon. Tetapi walaupun sepokok sahaja pokok ini tetap membuahkan hasil yang banyak. Buahnya pula besar dan mempunyai air yang banyak kalau diperah. Diminum pun memang sedap lebih-lebih lagi dicampur dengan madu. Boleh dikatakan subur dan sihatlah pokok lemon ini.  Bercerita mengenai Pokok Lemon ini, semestinya semua orang tahu kebaikan/ khasiat meminum air lemon ini. Salah satu khasiat yang semua orang tahu ialah ia boleh menurunkan berat badan/ melangsingkan badan sekiranya kita meminum air lemon di pagi h...

Pokok Bunga Mawar Switzealand

Imej
Salam, Hari ini bangun pagi terus teringatkan Pokok Bunga Mawar Switzealand yang telah menunjukkan tanda-tanda berbunga semalam. So, apalagi cepat-cepat saya pergi ke kebun dan akhirnya warna PINK muncul di depan mata....Yang satu lagi tu macam Warna MERAH akan berbunga.  Apalagi hati ini berbunga riang seperti bunga mawar itu juga. Memang Pokok bunga mawar Switzealand ini cantik. Bunganya tebal dan bila dihidu baunya harum sekali. Ada bakat juga kan saya tanam pokok bunga Mawar Switzealand ini. Haraplah lepas ini banyak lagi bunga baru akan tumbuh dan juga harap saya dapat jaga Pokok Bunga Mawar ini sebaik-baiknya. Bukan senang nak cari pokok ini. Kalau yang ada dijual pun lain-lain jenis. Tambah lagi mahal pula tu. Artikel Berkaitan Anak Pokok Bunga Mawar Switzealand 

Kebaikan dan Manfaat Makan Cili

Imej
Sememangnya kita tahu cili mempunyai bermacam-macam jenis iaitu cili hijau, merah, cili Api, cili burung dan lain-lain. Tetapi tahukah anda, apa kebaikan dan manfaat cili pada kesihatan kita.  Berikut adalah kebaikan dan manfaat memakan cili:   1)  Menyihatkan Jantung Cili dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok. 2)  Menjaga Mood (Penyenang Fikiran dan Jiwa) Cili dikatakan dapat menenangkan fikiran dan jiwa kerana hormon endorfin yang dikeluarkan oleh otak dapat memberi nikmat, ketagihan dan menaikan selera walaupun ianya pedas.            3)  Menghilangkan Gejala Selesema Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma. 4)  Menurunkan berat badan Cili dipercayai dapat membantu menurunkan berat badan kerana cili dapat meningkatkan kadar metabolisme ...