Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

JUAL BENIH CILI, TOMATO DAN SAYUR

Imej
Salam, Biji benih ada dijual di Anjel Agro Farm dengan harga yang berpatutan. Biji benih adalah berkualiti daripada keluaran Anjel Farm Kuching. Terima kasih kerana membeli.

Anak Pokok Bunga Mawar Switzealand

Imej
Salam, Hari ini hampir 4 bulan Pokok Bunga mawar Switzealand tumbuh dengan subur dan sihatnya. Seperti yang saya telah maklumkan dahulu, ada 23 batang yang saya tanam, tetapi hanya 4 batang pokok sahaja yang hidup dengan jayanya. Tak sabar pula rasanya untuk melihat pokok bunga ini berbunga.  Kalau dilihat pada gambar di bawah pokok Mawar ini cantikkan. Daunnya pula besar-besar.  Dalam fikiran ini warna apakah yang akan dihasilkan nanti? adakah warna Merah ke, Pink ke atau Kuning. Tak apalah dalam beberapa bulan kita akan tahu juga. Sabar ya wahai hati.   Pautan Berkaitan Batang Pokok Bunga Mawar Switzealand

Sayur Kailan tumbuh subur dan sihat

Imej
Adakah anda pernah nampak sayur kailan ditanam sama ada di tanah atau dalam polibeg/pasu? Jika tidak, gambar di atas merupakan salah satu sayur kailan yang ditanam di Anjel Farm Kuching.  Sebenarnya, saya tidak pernah nampak macam mana rupa sebenar pokok sayur kailan. Sehinggalah pada suatu hari, jiran sebelah rumah (makcik cina) meminta saya menjaga anak pokok sayur kailan ini disebabkan dia ke luar negeri dalam jangka masa yang lama. Dari situlah saya mendapat tahu bahawa Sayur kailan merupakan tanaman sayuran yang sangat popular di Negara Cina. Ia juga sering disebut brokoli cina.  Sayur kailan ini mempunyai daun yang tebal, berwarna hijau dan berbatang tebal. Sayur ini biasanya dimasak dengan cara direbus dengan ditambahkan sos tiram. Seluruh bahagian sayur kailan ini dapat dimakan, mulai dari batang hingga ke daun. Sayur kailan mempunyai banyak manfaat kerana mempunyai  nilai gizi yang paling tinggi seperti mineral, Vitamin B, Vitamin C, serat, kalsiu...

Peladang kesal cili Vietnam dominasi pasaran Malaysia

Imej
Nur Hasliza Mohd Salleh  - December 20, 2019 8:15 AM Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengumumkan tiada lagi pengimportan cili merah dari Vietnam sehingga hujung tahun ini. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Sebuah pertubuhan peladang menyuarakan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pihak yang bertindak mengimport cili luar negara secara besar-besaran sehingga menjejaskan pendapatan petani tempatan. Ahli Jemaah Pengarah (Peladang Muda) Pertubuhan Peladang Negeri Selangor, Izzat Lesly berkata situasi ini boleh membunuh peladang cili terutamanya golongan petani muda yang semakin giat membangunkan industri pertanian di negara ini. Katanya, harga cili borong jatuh hampir setiap hari sehingga RM2.50 sekilo disebabkan berlakunya lambakan cili tempatan. “Kejadian seperti ini telah berlaku beberapa kali dan kami khuatir dan risau ia akan merosakkan pasaran cili terutama kepada peladang-peladang,” katanya ketika dihubungi FMT. Julai lalu, Timbalan Ment...

Buah Cili terkena Serangan Lalat Buah

Imej
Hari ini bermulalah aktiviti mengutip buah cili yang rosak akibat serangan Lalat Buah. Maklumlah cuaca yang tidak menentu (hampir 2 minggu hujan) sepanjang musim tengkujuh ini menyebabkan pokok cili mudah diserang Hama Lalat Buah. Bila dikumpul, terdapat banyak buah cili yang tekena serangan Lalat Buah ini. (Lihat Gambar 1).  Di bawah ini saya ceritakan serba sedikit/ ringkasan tentang Lalat Buah hasil daripada sumber/bacaan rujukan.  Lalat Buah (Fruit Fly) merupakan sejenis serangga perosak banyak tanaman seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kesannya menyebabkan kerugian kepada para petani. Lalat Buah lazimnya akan aktif pada waktu pagi antara 8-10 pagi dan pada waktu petang antara pukul 5-7 petang bergantung kepada keadaan cuaca. Lalat buah menyerang dengan menyegat atau menyutik telur pada buah (Gambar 2).  Kebiasannya serangan lalat buah terjadi pada buah cili yang masih hijau (muda). Gejala boleh dilihat pada tangkai buah, yang mana hujug buah atau...

Anjel Farm Kuching Tahun 2018 & 2019

Imej
Syukur, banyak perubahan telah dilakukan ke atas Anjel Farm Kuching dari tahun 2018 ke tahun 2019. Berkat kesabaran dan kesungguhan dalam dunia perkebunan, akhirnya membuahkan hasil terutamanya pada tanaman pokok cili. Walaupun jumlah hanya 120 pokok tahun 2019, namun hasil yang diperolehi amat memuaskan dan ianya di luar jangkaan. Pelanggan pun semakin bertambah.  Bila difikir balik, banyak cabaran dan rintangan telah dilalui sejak tahun tahun 2018, bermula daripada tiada pengalaman dan pengetahuan tentang hal-hal perkebunan, akhirnya banyak ilmu telah dipelajari sepanjang mengusahakan kebun kecil ini.  Antara cabaran dan rintangan yang telah dihadapi ialah: Apabila tanaman diserang penyakit dan kita perlu memikiran cara untuk selesaikannya. Begitu juga apabila musim hujan/ribut datang melanda, sesetengah pokok cili terutamanaya akan tumbang disebabkan oleh sokongan pada pokok tidak kuat.  Anjel Farm Kuching juga tidak mempunyai peralatan automatik, semua diken...

Harga Cili Jatuh November 2019

Imej
Hari ini terkejut dapat berita dari kawan mengenai harga cili jatuh dari kebiasaannya. iaitu RM 3.00 untuk cili padi, RM 2.00 untuk Cili Besar. Terasa pula tempiasnya bila haga cili jatuh. Inilah risiko dalam pertanian. Bila disemak Harga Purata Cili Merah di Laman Web FAMA, rupa-rupanya memang betul harga cili jatuh bermula di peringkat Harga Ladang, Borang dan Runcit. Ini kerana Lambakan cili import di Lambah Kelang mengakibatkan harga borong lebih rendah.  Bagi saya, kerajaan sepatutnya mengawal cili import dari luar negara. Bukan sahaja demi menjaga pekebun local/tempatan, tetapi juga untuk menjaga kesihatan pelanggan dan pengguna cili dari luar. Bukan apa, cili import ini kita tidak tahu bahan-bahan kimia dan bahan pengawet yang berkemungkinan merbahaya kepada kesihatan pengguna. Pengguna juga perlu memainkan peranan dengan tidak membeli cili import ini. Belilah cili tempatan kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha cili tempatan yang sedia ada.  ...

Hasil Cili Merah Besar memberangsangkan

Imej
Hari ini bermulalah kerja mengutip buah cili merah besar yang baru ditanam lebih kurang 3 bulan yang lepas. Cili Merah Sakata 461. Buahnya panjang iaitu 8-9 inchi dan beratnya sekitar 25-30gm. Hasilnya memang memberangsangkan jika ditanam dan dijaga dengan baik. Terasa usaha dan titik peluh selama ini membuahkan hasil walaupun hanya menggunakan kaedah manual. Buahnya cantik dan berkilat dan bebas daripada serangan penyakit. Lepas ini boleh dijual kepada pelanggan tetap Anjel Farm Kuching. 

Pokok Cili Burung

Imej
Salam, Ini adalah Pokok Cili Burung yang ditanam di Anjel Farm Kuching. Buahnya kecil dan pedas. Pokok ini berusia 8 bulan. Besar dan subur kan Pokok cili burung ini. Untuk pengetahuan anda, dalam polibeg besar ini, terdapat 4 dahan pokok Cili Burung. Buah cili ini memang sedap dimakan tetapi yang tidak bestnya ianya mengambil masa yang lama untuk dipetik. Antara banyak-banyak Pokok cili di Kebun Anjel Farm, yang menjadi makanan sang Burung adalah Pokok Cili ini. Biasanya saya tidak petik sangat cili ini sebap kesian dengan burung-burung. Biarlah kami berkongsi Pokok cili ini janji dia tak makan cili yang lain. Omputih cakap "Sharing is Caring". Info Mengenai Cili Padi/ Cili Burung Cili Padi A - Pedas dan aroma cili kurang (ditanam) Cili Padi B - Pedas dan aroma cili lebih sedikit dari Cili Padi A (ditanam) Cili Burung 1 - Pedas dan aroma cili paling tinggi berbanding dari Cili Padi A dan B (ditanam) Cili Burung 2 - Pedas dan arom...

Kebun selepas Aktiviti Penyelenggaraan.

Imej
Salam, Hari ini saya paparkan dulu keadaan kebun yang saya telah buat penyelenggaraan semalam. Nampak sedap mata memandang. Masih subur lagi tanaman kebun saya. Tetapi ada sedikit rasa kecewa kerana malam tadi saya tidak melakukan kerja semburan pencegah serangga kerana keadaan hujan petang semalam. Apapun harap hari ini dapat lakukan aktiviti semburan itu nanti.  Jom tengok hasil aktiviti semalam. Nampak bersih dan dah nampak berkurangan kan daun daun yang layu tu. Aktiviti penyelenggaraan ini amat penting. Seboleh bolehnya lakukan seminggu sekali. Nescaya pokok pokok kebun mini anda pasti bertambah sihat dan subur. Macam yang saya cakap dulu, kena jaga macam bayi.

Aktiviti Penyelenggaraan Tanaman

Imej
Syukur, pagi ini cuaca amat baik sekali berbanding 2 atau 3 hari sebelum ini. So, mulalah saya menjenguk kebun  mini belakang rumah. Hati rasa sedikit sedih kerana ada anak pokok cili yang diserang penyakit. Pokok pokok cili lain pun nampak macam tidak sihat. Gara gara hujan kan. Jadi, hari ini bermulalah aktiviti penyelenggaraan pokok pokok cili. Aktiviti ini adalah termasuk penyiraman, aktiviti pemangkasan iaitu membuang bahagian tumbuhan yang tidak dikehendaki dan berpenyakit, aktiviti merumput serta membuang daun yang telah layu dan mati.  Pokok cili dalam polibeg yang berpenyakit kena lupuskan juga kerana takut berjangkit pada pokok yang lain. Aktiviti penyelenggaraan ini mengambil masa sekurang kurangnya sehari untuk selesaikan. Aktiviti penyelenggaraan ini penting untuk mencegah pokok bertambah rosak dan diserang penyakit.  Lepas siap aktiviti ni, malam nanti kalau hari tak hujan bolehlah sembur pencegah serangga n kulat. Harap harap hari tak hujanlah. Dib...

Pokok Cili Tidak Sihat.

Imej
Salam semua,  Malam ini hati berasa sedih sekali bila petang tadi menjenguk pokok cili di kebun dalam keadaan yang tidak sihat. Malam semalam dah sembur pencegah serangga dan penyakit. Lepas saja menyembur, tiba-tiba pula hujan turun dengan selebat lebatnya. Dugaan betullah musim monsun ni. Memang susah nak berkerja time ni. Apalah nasib pokok cili ku nanti ni. Sebap pagi tadi ada juga nampak anak pokok yang dah kena serangan. Tapi nak buat macam mana kan, kita dh cuba buat langkah pencegahan. Lagipun memang kita tidak boleh lari dari keadaan yang macam sekarang. Apapun doakan sahaja agar anak pokok cili tu kuat dan dapat membesar dengan sihat. Nak jaga pokok cili ni bukan senang, kita kena jaga macam baby juga...kena sentiasa belai-belai, manja-manja, bercakap-cakap baru boleh tumbuh dengan sihat. Kalau nak tengok inilah keadaan pokok cili saya sekarang. Sedih tak? Lepas ni kena study balik kenapa anak pokok cili saya ni pucuknya menjadi hijau muda. Ini Pokok Cil...