OBSES DENGAN BUNGA MAWAR/ ROSE
Setiap daripada kita mempunyai minat masing-masing terhadap bunga. Ada yang sukakan bunga Lily, bunga Orkid, bunga Matahari, bunga Raya, bunga Kertas dan banyak lagi. Begitu juga saya, sejak dibangku sekolah lagi saya sangat sukakan bunga Mawar/ Rose. Tetapi untuk mendapatkan yang segar segar pada masa tersebut adalah sangat mahal dan sukar kerana kebanyakannya diimport dari negara luar.
Saya menyukai pokok bunga mawar kerana:
- Bentuknya unik iaitu relatif bulat dan tersusun dari lapisan kelopok atau mahkota bunga yang berlapis.
- Mempunyai warna yang berwarna-warni dan cantik seperti warna putih, merah, kuning, unggu (lavender), merah jambu, Oren dan biru.
- Terkenal dengan keharumannya yang wangi dan menyenangkan kerana tidak semua bunga rose mempunyai bau yang sama. Ada yang bau buah stirus, lavender, rempah dan bau klasik rose.
Saya mula obses dengan bunga mawar apabila suami saya balik dari konvokesyen di Switzealand pada tahun 2018. Pada masa itu, adalah musim bunga di Switzealand, dan banyak bunga mawar tengah mekar dengan bermacam-macam warna. Suami saya pun teruja dengan bunga tersebut dan bertanya kepada saya adakah saya ingin mencuba menanam pokok bunga mawar, dan ketika itulah minat saya terhadap bunga mawar/ rose bermula.
Pada mulanya saya tidak juga mahir dalam bidang tanam pokok bunga ini. Ada juga beberapa jenis bunga yang dibeli oleh suami saya ketika itu tidak dapat diselamatkan. Yang hidup hanya bunga Rose Merah dan bunga Rose Merah Jambu. Bermula dari situlah saya mempelajari bagaimana menjaga pokok bunga Rose ini dari segi pembajaan, cara mencantas bunga rose supaya kembang mekar dan mengatasi penyakit yang dihadapi bunga ini.
Berbalik ke Pokok bunga Rose yang suami saya beli itu, saya gelarkan Pokok Bunga Rose Switzealand kerana ia berasal dari negara luar. Apabila pokok rose tersebut berbunga, baunya sangat harum sekali sehinggakan jiran sebelah rumah saya ingin membeli bunga tersebut. Begitulah penangan Pokok Bunga Mawar ini. Ramai yang menyukainya tetapi sukar untuk melindunginya.
Di bawah adalah Bunga Rose 🌹 Switzerland warna merah dan merah jambu.
![]() |
| Rose Pink |
![]() |
| Red Rose |


Ulasan
Catat Ulasan