Selamat bertemu kembali.
Syukur, hari ini dapat memetik buah Limau Kasturi di AnjelFarmGarden. Walau hanya 1 pokok yang ditanam namum dapat membuahkan hasil yang banyak. Kebetulan pula sekarang musim batuk dan selesema, sekurang-kurangnya jus buah limau kasturi ini dapat membantu untuk tingkatkan sistem inum badan kita.
Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai Limau Kasturi.
Limau Kasturi atau dikenali sebagai "calamasi" merupakan tumbuhan yang berasal dari Filipina dan telah tersebar ke Asia Tenggara terutamanya Malaysia. Pokoknya bersaiz rendah, buahnya bersaiz kecil, berwarna hijau kekuningan dan mempunyai rasa yang masam manis dan aroma yang menyegarkan. Kebiasaannya limau kasturi digunakan dalam masakan dan minuman ais yang popular seperti jus limau asam boi ais.
Kalau anda nak tahu, Limau kasturi mengandungi Vitamin C yang tinggi selain daripada buah jambu batu dan buah oren. Bukan itu sahaja, Buah limau kasturi mempunyai antioksidan padu lain seperti potassium, kalsium dengan Vitamin A. Secara ringkasnya, kelebihan Buah Limau Kasturi untuk kesihatan ialah:
- Merendahkan kolestrol
- Immunitiy Booster
- Energy Booster
- Turunkan berat badan
- Kaya dengan Antioksidan
- Menghalang keracunan makanan
- Mengurangkan bau badan
- Tingkatkan keanjalan kulit
- Menyingkirkan toksin
- Mengawal tekanan darah
Dengan itu, kepada mereka yang menggemari buah limau kasturi, pokok limau kasturi adalah pilihan yang terbaik untuk ditanam di kawasan rumah.
Sekian, perkongsian saya untuk kali ini.

