Isnin, 3 November 2025

Buah Limau Kasturi

Hari ini hati merasa gembira bila melihat Pokok Limau Kasturi di AnjelFarmGarden berbuah dengan lebatnya walaupun pokoknya adalah rendah. Pokok Limau Kasturi ini ditanam pada tahun 2022 dan kini berusia 3 tahun.

Limau Kasturi atau dikenali sebagai "calamasi" merupakan tumbuhan yang berasal dari Filipina  dan telah tersebar ke Asia Tenggara terutamanya Malaysia.

Limau kasturi ini adalah salah satu buah yang mengandungi Vitamin C yang tinggi.