Ahad, 31 Mei 2026

Cara Jaga Pokok Bunga Mawar Mini Supaya Rajin Berbunga & Tahan Panas


Salam,

Ramai pelanggan tanya saya bagaimana cara saya menjaga Pokok Mini Bunga Mawar supaya rajin berbunga dan tahan panas. Menjaga mawar mini (miniature roses) sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Walaupun saiznya kecil, ia mempunyai ketahanan yang tinggi jika kena dengan caranya.

Kebiasannya saya hanya amalkan 5 rahsia utama amalan penjagaan utama secara berterusan untuk memastikan pokok bunga mawar mini ini sentiasa meriah berbunga dan kebal menghadapi cuaca panas seperti berikut:

1. Pencahayaan yang Cukup (Tetapi Berperingkat)

        Mawar mini sukakan cahaya matahari untuk proses pembungaan yang optimun.

  • Sinar Matahari: Pastikan ia mendapat sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam cahaya matahari terus sehari (sebaik-baiknya matahari pagi).
  • Tips Tahan Panas: Jika cuaca terlalu terik (melebihi 35°C), letakkan sedikit jaring teduhan (netting) atau alihkan pasu ke kawasan yang mendapat luaran teduh pada waktu tengah hari bagi mengelakkan daunya melecur.

2. Teknik Penyiraman yang Betul

Ramai yang silap menyiram mawar mini sehingga akarnya reput.

  • Siram di Pangkal: Sentiasa siram pada bahagian tanah/pangkal pokok, bukan pada daun atau bunganya. Daun yang sentiasa basah mengundang penyakit kulat (black spot).

  • Kekerapan: Siram 1-2 kali sehari pada musim panas. Pastikan tanah kering pada bahagian permukaan (uji dengan jari) sebelum penyiraman seterusnya dilakukan


3. Pemangkasan (Pruning) Cara "Deadheading"

Ini adalah kunci utama jika mahu pokok "rajin" mengeluarkan pucuk baru dan bunga baru.

  • Setiap kali bunga mawar mini mula layu atau kering, potong tangkai bunga tersebut.

  • Potong serong sedikit di atas bahagian dahan yang mempunyai 5 kelopak daun (5-leaf booklet). Ini merangsang hormon pokok untuk mengeluarkan tunas bunga baru dengan cepat.


4. Jadual Pembajaan yang Konsisten

Mawar mini adalah heavy feeder (kuat makan). Pokok yang tidak cukup khasiat sukar untuk menghasilkan bunga yang lebat.

  • Baja Subur: Gunakan baja organik (seperti tinja ayam diproses atau kompos) sebulan sekali untuk kesihatan tanah.

  • Baja Bunga: Ganti atau tambah dengan baja tinggi kandungan Kalium (Potassium) seperti NPK 12:12:17 atau baja paksa bunga setiap 2 minggu sekali dalam kuantiti yang sedikit.


5. Saliran Pasu dan Tanah yang Poros

Mawar mini benci akar yang bertakung dengan air.

  • Pastikan pasu mempunyai lubang saliran yang cukup.

  • Gunakan campuran tanah yang poros (campuran potted soil, pasir sungai, dan sekam padi bakar) supaya air cepat mengalir keluar setiap kali disiram.


Kesimpulan & Pesanan Mesra: Menjaga mawar mini memerlukan sedikit kesabaran, tetapi kepuasan melihat kelopak bunganya yang kecil dan berwarna-warni berkembang mekar pastinya berbaloi! Cuba amalkan tips di atas, dan lihat sendiri perbezaannya dalam masa beberapa minggu.

Selamat berkebun! Jangan lupa tinggalkan komen di bawah jika anda mempunyai sebarang soalan tentang penjagaan mawar mini ini.




Ahad, 24 Mei 2026

Khasiat Daun Moringa Yang anda tidak tahu!

Jom kenali Pokok Moringa. Pokok ini saya tanam di AnjelFarmGarden kerana ia mempunyai banyak khasiatnya pada kesihatan kita. Anak-Anak pun suka makan daun ini lebih-lebih lagi bila dicampur dengan kari ikan atau samar.

Daun Moringa (kelor) kaya dengan nutrien seperti vitamin A, C, dan mineral yang membantu mencegah malnutrisi, meningkatkan imuniti, dan mengawal paras gula darah serta kolesterol.

Ia juga dikenali sebagai "Pokok Ajaib" kerana sifatnya yang antioksidan, anti radang dan keupayaannya menyokong kesihatan jantung serta otak.

Lihat video di bawah.



Jumaat, 15 Mei 2026

Pokok Semambu /Pokok Neem

Salam. 

Mari saksikan video mengenai Kegunaan Pokok Semambu / Pokok Neem.

Pokok Neem ini ditanam sendiri di Anjel Farm Garden. Kebiasaannya seminggu sekali saya akan didihkan daun neem ini sebagai mandian herba dengan campurkan sekali bersama daun herba yang lain. 

Tujuannya adalah untuk melegakan masalah kulit seperti gatal-gatal, ruam dan demam campak kerana sifatnya yang antibakteria dan antiradang semula jadinya membantu menyejukkan badan.

Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada kita semua terutamanya mereka yang baru mengenali tumbuhan herba ini.






Jumaat, 8 Mei 2026

Video Kacang Panjang Renek

Ramai yang tanya macam mana nak tanam Kacang Panjang Renek? Senang je hanya tanam dalam polibeg sudah cukup. Tidak perlu kawasan yang besar. Cuma kalau boleh letakkan polibeg tersebut tinggi sedikit kerana apabila kacang panjang tersebut sudah membesar, ia tak akan jatuh ke tanah. Lihat video di bawah.



Jumaat, 1 Mei 2026

Selamat Hari Pekerja 2026

Angel Farm&Garden ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 pada semua yang kuat berusaha dan bekerja.



 

Rabu, 22 April 2026

Sayur Bunga Pagoda Cauliflower

🌈🌈❤❤

Adakah anda mengenali Sayur Bunga Pagoda? Saya pasti ramai diantara kita tidak pernah menjumpai Sayur pagoda ini bahkan tidak tahupun kewujudan sayur ini.

Begitu juga saya kerana hari ini adalah pertama kali saya mengenali dan membeli sayur Pagoda Cauliflower di supermarket. Bentuknya yang unik seperti menara spiral berlapis-lapis seperti pagoda, dengan corak geometri semua jadi menjadi tarikan dan nampu menawan hati kita untuk membeli bagi merasa sayur tersebut walaupun  harga nya mahal iaitu RM12.00 sekilo.

Menurut makcik yang saya jumpa di supermarket hari ini, Sayur Pagoda ini boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti: 

  1. Tumis Bawang Putih
  2. Masak Lemak
  3. Goreng Rangup
  4. Masakan suo
  5. Stir Fry Cina Style.
Di bawah ditunjukkan rupa bentuk Sayur pagoda tersebut. 
Kepada mereka yang baru tahu sayur ini bolehlah mencuba.

❤❤🅟🅐🅖🅞🅓🅐





Selasa, 7 April 2026

Thank You For Your Order

 

💓💓Thank You Customer for Your Trust & Supporting my small business. 

I Hope this package brightens your day.

# Thank You For Your Repeat Order!💗💗

#Anak Pokok Mini Rose Flower 🌹🌹😍😍








Selasa, 31 Mac 2026

Red Mini Rose FOR SALE!!

Salam, kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Red Mini Rose ini boleh tekan link di bawah.

Stok adalah terhad.Terima Kasih.

👇👇

Red Mini Rose FOR SALE @AnjelFarmGarden 







Isnin, 5 Januari 2026

Petik buah Nanas @AnjelFarmGarden

Syukur, permulaan tahun 2026, 1 biji buah nanas MD2 di Anjel Farm Garden yang ditanam dalam pasu selama 14 bulan telahpun matang dan kini boleh dipetik. Rasanya manis dan sedap bila dimakan.

Sebenarnya buah nanas ini adalah mudah untuk ditanam. Kita hanya perlu menggunakan jambul (mahkota) atau sulur nanas sahaja. Kemudian bersihkan jambul tersebut dan biarkan kering di tempat teduh selama 2-3 hari. Untuk ditanam ke dalam tanah pula, pastikan jambul tersebut ditanam sedalam 3 inci ke dalam tanah (atau pasu) dan padatkan tanah di sekelilingnya.

Dari segi penjagaan buah nanas ini sangat mudah kerana ia sukar dijangkit penyakit, siraman kebiasannya saya lakukan sekurang-kurangya 3 kali seminggu dan pembajaan menggunakan baja NPK (15:15:15) mengikut sukatan.


Kalau anda tahu, buah nanas ini mempunyai banyak khasiat iaitu:

  • Meningkatkan Imunisi badan kerana mengandungi Vitamin C dan antioksidan yang tinggi. 
  • Mengatasi dan Mencegah Sembelit
  • Meringankan Radang Usus
  • Meningkatkan Kesihatan Tulang
  • Meningkatkan Kesihatan Kulit
  • Memulihkan Otot dan Luka.
  • Menjaga Kesihatan Mata
  • Membantu Menurunkan Berat Badan.
  • Menjaga Kesihatan Jantung
  • Mempercepat Penyembuhan Luka Operasi dan Cedera
  • Meningkatkan Produksi Sperma
  • Meningkatkan Kesuburan

Oleh itu, kepada mereka yang mempunyai ruang di halaman luar rumah, saya syorkan tanam buah nanas adalah yang terbaik.



Khamis, 1 Januari 2026

Selamat Tahun Baru 2026

Selamat Tahun Baru 2026! Semoga tahun yang baru ini membawa lebih banyak kegembiraan, kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan, serta menjadi lembaran baru untuk meraih impian dan manjadikan diri lebih baik, dengan semangat baru dan penuh harapan.

#AnjelFarmGarden





Khamis, 25 Disember 2025

Merry Christmas 2025!

 Selamat Hari Natal 2025 kepada anda yang menyambutnya!






Khamis, 11 Disember 2025

Thank You!

 

💓💓You Customer for supporting my small business. 

I Hope this package brightens your day.

#Anak Pokok Mini Rose Flower 🌹🌹😍😍

#Anak Pokok Bawang Dayak 🪴🪴











Mari kenali jenis-jenis Bawang

Bercakap mengenai bawang, ramai diantara kita pasti merasa keliru untuk memilih jenis bawang yang sesuai dalam menu masakan. Tambahan lagi, di pasaraya kini terdapat pelbagai jenis bawang yang dijual dan semestinya kita terfikir apakah kegunaan bawang tersebut. 

Memandangkan bawang adalah satu bahan masakan yang paling utama dalam memberi kesedapan dan aroma sesuatu hidangan, sekurang-kurangnya kita perlu tahu apakah perbezaan setiap jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan.

Berikut adalah jenis-jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan:


(1) Bawang Manis (Sweet Onion) (2) Bawang Merah Besar (Red Onion)
  • Bawang manis ini lembut dan manis.
  • sesuai untuk masakan bergoreng seperti ‘onion rings’ atau dibakar bersama sayuran.
  • Sesuai juga direbus atau untuk tumisan.
  • Tidak tahan lama dan perlu digunakan dengan kadar segera.
  • Bawang merah berkulit cerah berwarna ungu kemerahan
  • Banyak digunakan untuk tumisan, rebus dan sup dan masakan kari
  • sedap jika dimakan mentah, bersama sate, salad atau pun burger
  • mempunyai rasa yang pedas, berangin
  • sering dijadikan jeruk bawang



(3) Bawang Kuning atau Holland (4) Bawang Besar Putih (White Onions)
  • Berbentuk bulat, kulitnya nipis berwarna perang.
  • Dikenali sebagai bawang yang serba boleh
  • Rasanya lemak manis dan sedikit pedas
  • Sesuai digunakan pada setiap jenis masakan terutama di Barat untuk membuat sos, sup, rebusan seperti sos pasta dan sup daging.
  • Bawang putih ini lebih rangup dan berair berbanding bawang yang lain.
  • Digunakan dalam masakan bertumis untuk melengkapkan rasa serta sebagai hiasan kemasan dalam masakan.
  • Bawang putih juga digunakan dalam penyediaan sos mentah seperti salsa dan guacamole.



(5) Bawang Merah Kecil (Shallot) (6) Bawang Putih (Garlic)
  • Bawang ini ada berbentuk bulat dan bujur bersaiz kecil.
  • Mempunyai rasa yang manis dan sedikit pedas.
  • Sesuai untuk dibuat sambal belacan, sambal ikan bilis, perap daging/ayam untuk aroma manis dan wangi
  • Dijadikan bawang goreng, menjadi taburan di atas soto, sup dan nasi goreng
  • Bawang berwarna putih kekuningan dan berbentuk lonjong
  • Rasanya pedas dan sangat berangin
  • Baunya juga wangi dan menambah aroma dalam masakan
  • Bawang putih jenis ini sesuai untuk membuat jeruk bawang putih.



(7) Bawang Mutiara (Pearl Onion) (8) Bawang Cippolini (Cippolini Onion)
  • Bawang mutiara ialah bawang yang sangat kecil.
  • Kelihatan sama seperti bawang puith, kuning atau merah cuma saiznya sahaja yang berbeza
  • Bawang ini boleh berwarna putih, kuning, atau merah
  • Bawang mutiara juga boleh direbus dan dimasak seperti yang lain.
  • Bawang Cippolini ini kecil, bahagian atasnya rata dan leper seperti donut.
  • Mempunyai kulit berwarna kuning sama seperti bawang kuning dan bawang manis
  • Rasanya kurang pedas dan manis
  • sesuai untuk “caramelizing” dan menjadi sos yang sedap

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.



Rabu, 26 November 2025

Kali pertama tanam Sayur Pokok Asparagus

🏡🏡🌈🌈💌💌

Sepanjang berkebun tidak pernah terlintas di fikiran untuk menanam sayur pokok Asparagus. Apatah lagi sebagai menu makanan seharian. Setahu saya Asparagus ini dijual dengan harga yang mahal dan untuk tanam dari benih pula agak sukar untuk tumbuh. Tambahan pula, pokok Asparagus ini berasal dari negara Eropah dan cara pertumbuhannya pula berbeza dengan negara Asia.

Pada bulan september yang lepas tergerak dalam hati ini ingin mencuba untuk menanam Asparagus dari biji benih. Ini kerana, selepas saya terbaca artikel mengenai Sayur Asparagus yang memiliki banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita, saya merasa teruja untuk mempunyai pokok Asparagus sendiri di laman rumah saya. Selain itu juga, Pokok Asparagus juga dapat dijadikan sebagai pokok perhiasan yang menarik kerana ia sangat lembut bila disentuh. 

Saya membeli biji benih Asparagus Jenama Trio dan disemai di beberapa buah polibeg dengan menggunakan media tanah campuran organik sahaja yang ada dijual di kedai kedai bunga. Selepas 2 minggu akhirnya benih bercambah dan kini Pokok Asparagus saya telah berusia 2 bulan dan tumbuh dengan jayanya. Akhirnya dapat juga menyentuh pokok Asparagus saya yang sangat lembut daunya. Diharapkan selepas ini dapat tumbuh dengan baik dan dapat dituai hasilnya. 

Bagi mereka yang gemar berkebun, anda boleh mencuba untuk menanam Asparagus ini. Tiada yang mustahil jika kita mencubanya." FAITH plant the seed, Love makes its grow." Sekian perkongsian saya. Masa akan datang saya akan ceritakan pula khasiat dan cara penjagaan Asparagus ini pula. Semoga bermanfaat.

Gambar di bawah adalah Pokok Asparagus yang ditanam @AnjelFarmGarden.





 


Selasa, 25 November 2025

Kacang Panjang Renek lagi!


🌈🌈🏡🏡💌💌

Pagi ini cuaca sangat cerah dan menceriakan hari ku di awal pagi. Haraplah cerah sampai ke petang, tetapi nanti pasti akan tiba-tiba hujan. Itulah kehidupan, apa-apa pun boleh terjadi. Apa yang pasti kita kena hadapi apa sahaja rintangan yang mendatang dan tugasan seharian juga perlu dijalankan seperti biasa. "Kena Bersemangat Setiap Masa" 💪💪

Pagi ini saya menjenguk sekejap ke kebun AnjelFarmGarden. Dari semalam lagi ingin meronda-ronda melihat semua sayur yang telah ditanam, tetapi semalam agak sibuk dan cuaca pula yang tidak menginzinkan. Saya masih teringat lagi bulan lepas, saya ada menyemai biji benih Kacang Panjang Renek atas permintaan kawan-kawan untuk dapatkan anak pokok. Syukur 5 anak pokok kacang panjang renek telah dijual dan selebihnya untuk AnjelFarmGarden. 

Jadi hari ini saya ingin tunjukkan keadaan Pokok Kacang Renek tersebut. Tada...Lihatlah hasilnya...Selepas sebulan..Semoga dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mencuba tanam pokok Kacang Renek Ini. "FAITH Plant the Seed, LOVE makes it Grow"

🫘⾖

Biji benih yang telah disemai pada 12/10/2025












Jumaat, 14 November 2025

Ramai yang tidak tahu khasiat Bawang Dayak.

Pernahkan anda mendengar sejenis herba yang dinamakan Bawang Dayak? Saya pasti ramai diantara kita tidak mengenali herba tersebut dan juga tidak pernah melihat bagaimana rupa sebenar Bawang Dayak.

Di sini ingin saya kongsikan mengenai apa itu bawang dayak, khasiatnya kepada kita dan juga pantangnya. Selepas mengetahui tentang herba ini, saya pasti anda akan suka dan ingin mencubanya.



 


Bawang Dayak atau nama saintifiknya ialah Eleutherine palmifolia atau dikenali juga sebagai Bawang Sabrang atau Bawang Berlian adalah sejenis herba tradisional yang banyak ditemui di wilayah kalimantan, Sarawak dan Sabah.

Bawang dayak ini mudah tumbuh dan senang dijaga kerana mudah membiak. Ia berbentuk ubi seperti bawang kecil dan berwarna merah keungguan serta mempunyai bunga berwarna putih. Selain itu daunnya pula berwarna hijau panjang dan tumbuh berumpun.

Bawang Dayak kaya dengan flavonoid, alkaloid, fenol, saponin, tannin, serta antioksidan semulajadi.

Manfaat Bawang Dayak:
1. Kesihatan Dalaman
  • Dapat enurunkan tekanan darah tinggi.
  • Mengawal gula darah baik untuk pesakit diabetes.
  • Dapat Melancarkan peredaran darah.
  • Menguatkan fungsi hati & ginjal. 
2. Anti-kanser & Antioksidan
  • Kandungan flavonoid berpotensi melawan pertumbuhan sel kanser.
  • Dapat mengurangkan risiko tumor.
3. Sistem Reproduktif Wanita
  • Dapat melancarkan haid yang tidak teratur.
  • Membantu masalah keputihan.
  • Mengurangkan nyeri haid.
4. Imuniti & Anti-radang
  • Menguatkan daya tahan tubuh.
  • Meredakan batuk, selsema, dan radang dalam badan.
5. Kecantikan & Kulit
  • Antioksidan membantu mencerahkan kulit.
  • Mengurangkan jerawat dan masalah kulit berminyak.


Cara penggunaan Bawang Dayak
1. Rebusan / Teh Bawang Dayak
  • Iris nipis bawang dayak (3–5 ulas kecil).
  • Rebus dengan 2–3 gelas air hingga tinggal 1 gelas.
  • Minum suam 1–2 kali sehari.
2. Serbuk / Kapsul (Produk Herba)
  • Ada dijual dalam bentuk serbuk atau kapsul → lebih mudah diamalkan.
3. Air Rendaman
  • Iris nipis bawang dayak, rendam dalam air panas.
  • Boleh diminum seperti teh herba.
4. Penggunaan Luar (kulit & luka)
  • Tumbuk bawang dayak segar, sapu pada kulit berjerawat atau luka ringan.

Pantang
  • Wanita hamil tidak digalakkan mengambil tanpa nasihat doktor.
  • Jangan ambil berlebihan, boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.
  • Sebaiknya rujuk doktor jika ada penyakit kronik (jantung, ginjal, diabetes).


Sekian perkongsian saya. Diharapkan maklumat ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Kepada yang berminat untuk membeli herba Bawang Dayak ini, Sila klik pautan di bawah. ⛛




Rabu, 12 November 2025

JOM KENALI JENIS SAWI DAN KEGUNAANNYA

Sayur sawi sering digunakan dalam pelbagai masakan seperti tumisan, sup, dan meehoon. Tetapi kadang kala kita keliru untuk memilih mana satu sayur sawi yang sesuai dan sepadan dengan menu masakan tersebut. Untuk mereka yang baru mengenal sayur sawi, di bawah disertakan jenis dan kegunaaan sayur sawi tersebut. Sayur Sawi terbahagi kepada 5 jenis iaitu Sawi Hijau, Sawi Jepun (Pak Choy), Sawi Putih, Sawi Bunga dan Sawi Pahit (Kai Choy)



Setiap jenis Sawi ini pula mempunyai kegunaannya iaitu:

Sawi Putih: Sawi putih boleh digunakan dalam pelbagai masakan terutamanya masakan tumis dan masak lemak dan juga sebagai bahan utama dalam kimchi. Ia sesuai untuk hidangan ringkas seperti sawi putih tumis bawang putih atau tumis kicap, mahupun hidangan yang lebih kompleks seperti masakan korea.

Sawi Hijau: Sawi Hujau boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti ditumis bersama bawang putih dan cili, ditambah ke dalam mee, bihun atau kuew tiaw serta boleh juga dicampurkan dalam hidangan sayuran lain. Sayuran ini sesuai untuk hidangan ringkas dan cepat.

Sawi Jepun: Sawi Jepun boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti tumis bawang putih, masak sos tiram, atau sebagai bahan tambahan dalam hidangan seperti tahu telur.

Sawi Pahit: Sawi pahit juga dikenali sebagai Kai Choy. Boleh digunakan dalam masakan Asia seperti ditumis bersama ikan bilis dan ayam, dibuat sup atau dijadikan jeruk (kasam).Rasa pahitnya yang unik sesuai dipadankan dengan bahan-bahan seperti bawang putih, bawang merah,dan ikan bilis untuk menghasilkan hidangan yang seimbang.

Sawi Bunga: Sawi bunga boleh dimasak dengan mudah seperti dicelur dan ditumis bersama bawang putih serta sos tiram atau digoreng bersama bahan lain untuk hidangan yang lazat. Ia boleh disajikan sebagai hidangan sayuran sampingan sama ada dengan kuah yang pekat atau hanya digoreng hingga layu.