Sabtu, 11 Julai 2020

Tahukah anda? Kenapa kita perlu makan buah-buahan setiap hari?

Buah-buahan adalah makanan yang sangat penting dan disarankan pengambilannya setiap hari. Ini kerana ia menpunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Tetapi, sayangnya ada sesetengah individu tidak suka dan jarang makan buah.

Tahukah anda bahawa buah mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, magnesium, kalium, dan asam folat. Kandungan ini mampu untuk mencegah berbagai macam penyakit seperti penyakit jantung, diabetis, strok dan penyakit yang berkaitan dengan sistem pencernaan. 

Khasiat buah adalah berdasarkan warnanya iaitu aitu buah berwarna:

MERAH : 
  • Tembikai / Strawberi / Ceri 
  • Dapat membantu tubuh badan melawan penyakit kanser dan penyakit jantung.

UNGGU:
  • Bluberi / anggur
  • Dapat membantu tubuh melawan kanser
  • Menguatkan jantung

HIJAU:
  • Kiwi / Apple Hijau
  • Melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser
  • mempercepat penyembuhan luka 

OREN:
  • Pisang / Buah Oren / Nanas
  • Bagus untuk menjaga mata, kulit, gigi dan tulang
  • mencegah janin daripada cacat untuk ibu mengandung

PUTIH / COKLAT
  • Buah Laici, Duku, Langsat
  • Membantu mengawal Kolestrol, tekanan darah dan melambatkan pertumbuhan kanser.

Dengan maklumat ini, diharapkan anda sekalian rajin-rajinlah makan buah-buahan ya!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan