Catatan

Hasil tuaian sayur-sayuran (Terung, Ketumbar, Kucai & Tomato)

Imej
Salam, Syukur hari ini dapat hasil tuaian dari AnjelFarmGarden iaitu terung bulat, daun ketumbar, kucai dan tomato. Dengan adanya bahan-bahan ini, hari ini saya akan membuat masakan kari Ayam.  Begitulah tuan/puan memang tidak rugi jika kita menaman sendiri sayur-sayuran kerana ia bukan sahaja bebas daripada racun kimia tetapi dapat menjimatkan duit perbelanjaan dapur. Nak memasak dalam kadar yang banyak pun tiada masalah. 

Tomato Bujur

Imej
Salam,  Saya pasti tentu ramai diantara kita jarang nampak tomato berbentuk bujur. Biasanya di pasar tani kebanyakannya tomato jenis bulat yang dijual.  Kali ini di Anjel Farm Garden, saya telah memilih untuk mencuba menaman tomato berbentuk bujur pula. Syukur, akhirnya selepas 3 bulan buah tomato bujur ini dapat dituai hasilnya.  Apa yang dapat saya simpulkan mengenai tomato bujur ini ialah cara menanam, penjagaan baja dan kawalan serangga perosak adalah sama dengan jenis tomato bulat. Gambar di bawah adalah jenis benih Tomato Bujur yang digunakan dan perkembangannya sehingga boleh dituai. 

Tanaman Kucai Cina

Imej
Salam sejahtera para pembaca, Syukur, rezeki hari ini. Fresh  Kucai Cina dari AnjelFarmGarden . Terima kasih customer yang sentiasa  support  kami.  Hari ini ingin saya kongsikan sedikit info dan khasiat berkenaan sayur Kucai. Kebiasannya Sayur Kucai digunakan sebagai pelengkap masakan seperti Kuew Tiow Goreng, Beehon Goreng serta beberapa makanan lain. Sayur kucai adalah sejenis tanaman yang mudah dijaga. Ia boleh ditanam sama ada diatas batas ataupun di dalam pasu atau polibeg . Penamanan sayur kucai ini tidak memerlukan ruang kawasan yang besar. Ianya cukup memadai ditanam di halaman rumah sahaja. Kucai sejenis tanaman yang mempunyai jangka hayat yang panjang sehingga beberapa tahun sekiranya dijaga dengan baik dari segi pembajaan dan kawasan yang terjaga. Kucai boleh ditanam zama ada secara benih Ubi Kucai atau biji benih. Benih dari Ubi Kucai adalah yang terbaik kerana Kucai mudah dan boleh membiak dengan lebih cepat. Manakala dari biji benih kebiasannya susah ...

Sistem Sokongan Pokok Cili.

Imej
Salam semua. Beberapa hari ini saya sibuk sedikit dengan kerja kerja membuat sistem sokongan pada semua pokok cili yang ada di AnjelFarmGarden . Meskipun sudah dibuat sistem sokongan menggunakan kayu sebelum ini, dahan pokok cili tetap patah juga apabila ditiup angin kencang. Selepas mengkaji apa sistem sokongan yang sesuai untuk pokok cili, kali ini saya memilih untuk menggunakan kaedah sistem sokongan tali iaitu tali diikat pada setiap dahan pokok cili yang mempunyai bebanan yang berat. Syukur dalam 2 hari ini juga, dahan pokok cili tidak patah seperti sebelum ini. Inilah hasil sistem sokongan yang Saya gunakan pada Pokok cili. Walaupun tidak beberapa kemas di pandangan mata, sekurang kurangnya Saya dapat juga belajar teknik penanaman yang baru.

Fresh chili at AnjelFarmGarden

Imej
Syukur, hasil kutipan cili hari ini. Ada yang telah masak ada yang masih hijau.  # Thank You customer for buying with us! #Fresh from Anjel Farm Garden! #Chili for sale!

Thank You Customer!

Imej
Thank You Customer for your support!  SOLD OUT-🍆🌶️🌶️🌶️ Hasil daripada penangan hujan dan ribut semalam. Cili hijau dan Terung Panjang.

Hasil penangan hujan dan ribut@AnjelFarmGarden

Imej
Hari ini terasa down sangat-sangat. Rasa nak menangis pun ada. Inilah hasil penangan hujan dan ribut malam tadi. Hati siapa yang tidak sedih, kebanyakan dahan buah cili yang lebat dan besar yang patah. Memang dugaan sungguh kali ini. Lepas ini kena fikirkan macam mana cara terbaik untuk kukuhkan lagi sokongan pokok cili selain menggunakan kayu. Maklumlah kan baru mula belajar bab cili fetigasi ini. Banyak benda lagi kena belajar.