Catatan

Pokok Daun Ketumbar vs Daun Sup

Imej
Salam sejahtera para pembaca. Di sini ingin saya kongsikan mengenai dua jenis daun herba yang mempunyai bau atau aroma yang wangi dan sering digunakan sebagai bahan perisa dan penambah rasa dalam hidangan iaitu Daun Sup dan Daun Ketumbar. Daun sup biasanya digunakan dalam masakan yang memerlukan rasa yang lebih halus dan lembut, manakala ketumbar lebih sesuai digunakan dalam hidangan yang memerlukan rasa yang lebih kuat.  Saya kebiasannya akan menggunakan daun ketumbar dalam masakan berkari seperti kari ikan dan kari ayam. Biasanya saya akan potong halus-halus daunnya dan taburkan pada lauk kari tersebut apabila telah masak. Oleh itu, saya akan sentiasa memastikan daun sup ketumbar ini sentiasa ada di rumah. Walaupun tidak banyak, cukuplah sekadar dapat digunakan dalam masakan pada hari tersebut. Gambar di bawah adalah daun ketumbar yang ditanam di AnjelFarmGarden. Manakala di bawah pula dalah perbezaan antara Daun Sup dan Daun Ketumbar.  Memahami beza daun ketumbar dan daun s...

Benih Terung Bulat

Imej
Syukur, awal tahun 2021, terung bulat yang ditanam telah membuahkan hasil. Pokok Terung ini telah berusia 1 bulan. Saya menggunakan biji benih dari kebun Saya sendiri. Benih adalah berkualiti kerana biji benih yang diambil adalah hasil dari tuaian pertama. Sememangnya tidak rugi jika kita bercucuk tanam sendiri  lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang mana kita perlu bijak dalam merancang kewangan serta berjimat cermat. Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama bercucuk tanam dan merasai hasilnya. 

Happy New Year 2021

Imej
Semoga tahun ini membawa kesempatan lain untuk kita memperbaiki keadaan Dan membuka babak baru dalam hidup. SELAMAT TAHUN BARU 2021!

BEZA Kacang Panjang Renek dan Kacang Panjang Biasa

Imej
Salam, Rasanya tentu ada diantara kita tidak pernah mengenali Kacang Panjang Renek. Kebiasannya kita hanya mengambarkan atau mengenali Kacang Panjang biasa yang menjalar sahaja. Seperti yang pernah saya alami ketika dahulu, saya hanya mengenali kacang panjang ini apabila saya membeli biji benih yang dijual di MARDI, Serdang.  Setelah saya mencuba beberapa kali menanam sayur ini, ianya memang memberikan hasil yang amat memuaskan. Kacang Panjang Renek Kacang Panjang Biasa Di sini ingin saya kongsikan perbezaan antara kacang panjang renek dengan kacang panjang biasa dari segi pemerhatian saya: Kacang Panjang Renek Pokoknya adalah renek iaitu (setinggi lutut) Bentuk dan saiz buahnya lebih kurang sama dengan kacng panjang yang biasa. Pokok ini lebih cepat matang tetapi jangka hanyatnya agak pendek berbanding pokok kacang biasa. Penanaman kacang panjang ini boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg Tidak perlu menggunakan tali untuk menjalar kerana pokok ini hidup secara renek sahaja....

Maksud di sebalik Warna Bunga Mawar

Imej
Tahukah anda Bunga Mawar terdiri daripada pelbagai warna dan setiapnya mempunyai maksud yang berlainan. Tidak hairanlah apabila seseorang (terutamanya wanita) menerima bunga mawar daripada si pemberi (lelaki) ianya memberikan maksud dan makna yang tersirat. Di kebun mini saya terdapat beberapa warna pokok bunga mawar yang ditanam iaitu Merah, Kuning, Oren, Merah Jambu, Putih.  Oleh itu, di sini ingin saya kongsikan serba sedikit makna di sebalik warna bunga mawar. Selamat membaca! 1) Bunga Mawar Merah   Keindahan Bunga mawar merah sudah pastinya menjadi pilihan semua terutamanya bagi golongan muda mudi yang hangat bercinta.  Bunga mawar merah ini adalah sebagai lambang rasa cinta, rasa hormat, kasih dan sayang, romantik dan juga sebagai tanda memberi pujian kepada seseorang yang dicintai. Apapun bunga mawar merah ini semestinya memberi makna dan erti yang begitu mendalam dalam diri seseorang.    2) Bunga Mawar Merah Jambu Bunga Merah Jambu pula memberikan maksud...

Perbezaan Sayur Kucai dan Sayur Bawang

Imej
Sayur Daun Kucai Sayur Daun Bawang Sayur Kucai adalah sejenis tanaman herba yang tergolong dalam keluarga bawang dan ianya mempunyai banyak khasiat. Saya pasti ramai diantara kita suka memakan sayur kucai ini. Tetapi ada juga sebahagiannya sukar untuk membezakan antara daun kucai dan daun bawang. Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan perbezaan sayur kucai dan sayur bawang. Harap lepas ini kita tidak keliru lagi ya! Sayur ini mempunyai bentuk dan panjang yang sama. Cuma yang membezakan ialah:  Daun Bawang mempunyai ukuran lebih besar, bulat dan lembut. Manakala Daun Kucai lebih nipis dan padat. Daun Bawang berwarna hijau dan menjadi putih di bawagian pangkalnya manakala Daun Kucai tetap berwarna hijau hingga ke pangkal. Daun Bawang mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi Kucai mempunyai aroma yang hampir sama seperti bawang putih. Dari segi fungsi dalam masakan, Daun bawang biasanya digunakan sebagai pelegkap rasa dalam masakan seperti sup dan makanan bergoreng sebagai hiasan dan...

Welcome October 2020!

Imej