Catatan

Cili Padi kali pertama masak

Imej
Untuk pertama kalinya, Pokok Cili Padi di Anjel Farm Kuching telahpun masak dan boleh dituai setelah sekian lama/ berbulan lama. Jika dikira, terdapat 8 biji buah pokok cili yang telah masak. Yang lain tunggu dalam seminggu lagi untuk tuaian selanjutnya.  Kata orang dulu-dulu, biji buah pokok cili yang pertama kalinya masak amat sesuai dijadikan benih cili. Ini kerana pokok cili tersebut masih dalam keadaan yang sihat dan terhindar dari penyakit. Ia juga mampu menghasilkan buah cili yang baik dan berkualiti.

Pokok Cili Padi berbuah

Imej
Petang tadi menjenguk kebun Anjel Farm Kuching, yey!! tak lama lagi bolehlah petik buah Pokok Cili padi ini. Ada 12 Pokok Cili padi yang ditanam. Buahnya besar dan pedas.Tak sabar juga sebenarnya nak cuba rasa cili ini.

Tahukah anda apa jenis cili ini?

Imej
Pagi tadi tiba-tiba Makcik Cina sebelah rumah panggil. Ingatkan apa, rupa-rupanya dia bagi satu biji cili merah ini untuk ditanam di kebun saya. Katanya cili ini sedap dimakan dan sesuai untuk masakan seperti mee goreng kerana rasanya tidak terlalu pedas. Bila ditanya cili ini jenis apa, katanya dia pun tak tahu..hihihi. Maklumlah sesetengah pembeli manalah tahu cili jenis apa yang dijual di pasar/ pasaraya. Yang mereka tahu cili padi dan cili besar sahaja.  Saya sendiri pada mulanya pun tidak pasti apakah jenis cili ini. Kalau dilihat dari segi fizikal, saiznya kecil dan warnanya merah tapi bukan berkilat. Dalam fikiran ini hanya satu sahaja iaitu mungkin cili solok. Tapi biasanya cili solok bersaiz besar.  Bagi anda pula? Cili ini jenis apa?

Hasil Pokok Cili Kulai

Imej
Akhirnya, masa ditunggu-tunggu, buah Pokok Cili Kulai di Anjel Farm telah pun masak dan boleh dituai. Jika dilihat warnanaya amat menarik dan kelihatan segar sekali.  Kalau nak tahu, Cili kulai ini rasanya memang pedas dan rasa rangup bila dimakan. Panjang buah adalah sekitar 8-10 cm serta berat buah 7-10g/biji. Ianya juga boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama. Kebanyakan pelanggan yang membeli cili di Anjel Farm Kuching ini amat menyukai cili kulai ini untuk tujuan pengunaan segar/ masakan harian. Diharapkan Anjel Farm Kuching dapat berkembang lagi dari semasa ke semasa. Terima kasih. 

Pokok Cili Kulai Merah Besar Tumbang

Imej
Hati mana tak sedih bila melihat banyak pokok cili kulai tumbang ditiup angin petang tadi. Hujan dan angin kencang yang berlaku tidak sampai 5 minit memberi kesan yang teruk pada pokok cili. Banyak dahan-dahan pokok yang telah patah. Nasib baik buah pokok cili ini belum lagi masak. Kalau tidak memang amat merugikan.. Lepas ini memang kena fikirkan lagi cara untuk membuat sokongan pokok cili dari tumbang. Maklumlah kan baru mula berjinak-jinak tanam cili ni. Nak beli peralatan sokongan pun kena banyak fikir juga sebap melibatkan kos. Jumlah keseluruhan pokok cili yang ada di Anjel Farm kuching adalah sejumlah 32 Pokok. Setakat ini pokok hidup dengan subur dan bebas dari jangkitan penyakit. Harapnya lepas ini ada jalan penyelesaian untuk atasi masalah ini.

Tuai Sayur Bayam Merah

Imej
Hari ini tibalah masanya untuk tuai sayur bayam merah di kebun Anjel Farm setelah 3 minggu disemai. Hati teruja bila melihat hasil tanaman yang segar dan ini merupakan kali pertama dapat merasa sayur bayam hasil tanaman sendiri. Rasanya sedap sekali jika dibandingkan dengan yang dijual di pasar dan ianya bebas dari bahan kimia/racun kimia. Nampak segar kan. Anak-anak pun suka sayur ini.

Baja dan Kawalan serangga

Imej
Kalau anda nak tahu, gambar di bawah inilah baja dan kawalan serangga yang saya gunakan di kebun saya. Untuk baja, selain daripada Baja AB, saya menggunakan baja Maxigreen 50 yang bertujuan menyuburkan tumbuhan dan daun dengan potensi maximum. manakala Maxigreen 46 bertujuan untuk mempercepatkan pembungaan dan pembuahan dengan potensi Maximum. Untuk kawalan serangga pula, saya menggunakan Neem Spray organic. Neem spray ini bebas daripada racun kimia.