Catatan

Hasil Pokok Cili Kulai

Imej
Akhirnya, masa ditunggu-tunggu, buah Pokok Cili Kulai di Anjel Farm telah pun masak dan boleh dituai. Jika dilihat warnanaya amat menarik dan kelihatan segar sekali.  Kalau nak tahu, Cili kulai ini rasanya memang pedas dan rasa rangup bila dimakan. Panjang buah adalah sekitar 8-10 cm serta berat buah 7-10g/biji. Ianya juga boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama. Kebanyakan pelanggan yang membeli cili di Anjel Farm Kuching ini amat menyukai cili kulai ini untuk tujuan pengunaan segar/ masakan harian. Diharapkan Anjel Farm Kuching dapat berkembang lagi dari semasa ke semasa. Terima kasih. 

Pokok Cili Kulai Merah Besar Tumbang

Imej
Hati mana tak sedih bila melihat banyak pokok cili kulai tumbang ditiup angin petang tadi. Hujan dan angin kencang yang berlaku tidak sampai 5 minit memberi kesan yang teruk pada pokok cili. Banyak dahan-dahan pokok yang telah patah. Nasib baik buah pokok cili ini belum lagi masak. Kalau tidak memang amat merugikan.. Lepas ini memang kena fikirkan lagi cara untuk membuat sokongan pokok cili dari tumbang. Maklumlah kan baru mula berjinak-jinak tanam cili ni. Nak beli peralatan sokongan pun kena banyak fikir juga sebap melibatkan kos. Jumlah keseluruhan pokok cili yang ada di Anjel Farm kuching adalah sejumlah 32 Pokok. Setakat ini pokok hidup dengan subur dan bebas dari jangkitan penyakit. Harapnya lepas ini ada jalan penyelesaian untuk atasi masalah ini.

Tuai Sayur Bayam Merah

Imej
Hari ini tibalah masanya untuk tuai sayur bayam merah di kebun Anjel Farm setelah 3 minggu disemai. Hati teruja bila melihat hasil tanaman yang segar dan ini merupakan kali pertama dapat merasa sayur bayam hasil tanaman sendiri. Rasanya sedap sekali jika dibandingkan dengan yang dijual di pasar dan ianya bebas dari bahan kimia/racun kimia. Nampak segar kan. Anak-anak pun suka sayur ini.

Baja dan Kawalan serangga

Imej
Kalau anda nak tahu, gambar di bawah inilah baja dan kawalan serangga yang saya gunakan di kebun saya. Untuk baja, selain daripada Baja AB, saya menggunakan baja Maxigreen 50 yang bertujuan menyuburkan tumbuhan dan daun dengan potensi maximum. manakala Maxigreen 46 bertujuan untuk mempercepatkan pembungaan dan pembuahan dengan potensi Maximum. Untuk kawalan serangga pula, saya menggunakan Neem Spray organic. Neem spray ini bebas daripada racun kimia.

Hasil tanaman kebun semakin banyak

Imej
Syukur dan teruja bila melihat tanaman dari hari ke hari dapat menghasilkan buah/ sayur yang banyak. Walaupun hanya baru berjinak dalam pertanian ini, tetapi ia membuahkan hasil yang banyak dan segar setiap hari dan ini dapat menjimatkan kos membeli sayur. Terima kasih kepada suami kerana banyak membantu dalam menjaga kebun sayur di belakang rumah ini. Harap lepas ini saya dapat belajar lebih banyak lagi tentang pertanian ini.   

Buah Tomato Masak dan Berpenyakit

Imej
Salam,  Hari ini menjenguk tanaman Pokok Tomato. Nampak dari jauh ada beberapa biji tomato yang telah masak. Rasa teruja kerana inilah kali pertama tanaman tomato saya menjadi. Tapi apabila saya melihat buah yang belum masak, saya dapati ada beberapa biji buah yang telah rosak di bahagian hujungnya yang mana hujung buah berwarna hitam keras. Rasa betul-betul sayang sekali bila lanya terkena penyakit. Kalau hanya 1 atau 2 biji tak apa juga kan, ini banyak pula buah yang masih muda terkena.    Oleh kerana ingin mengetahui kenapa terjadinya masalah pada buah ini, saya telah mencari maklumat berkaitan dengan penyakit ini. Maklumlah kan baru kali pertama menanam buah Tomato hasil tangan sendiri.  Saya harap dengan maklumat yang saya kongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan rujukan dan kepada kita semua. Penyakit:  Penyakit Reput Hujung Buah Bahagian diserang : Buah Simptom: Hujung Buah berwarna hitam keras Cara d...

Hasil Tuaian Selepas 3 Bulan

Imej
Hari ni pokok pokok tanaman d kebun mini ku sudah memasuki usia 3 bulan. Sudah tiba masanya untuk menuai hasil tanaman di kebun miniku. Syukur, walaupun hasil tak banyak tapi cukup untuk lauk pada hari ini. Tak payah nak pergi ke pasar beli lauk sayur. Cuma, kelemahannya bentuk dan saiz sayur saya ni tak seperti yang dijual di pasar. Saiz tak cukup besar dan cantik. Biasalah kan untuk permulaan berkebun ni. Tak cukup pengalaman lagi.  Namum saya berbangga sebap akhirnya dapat juga merasa hasil tanaman yang ditanam sendiri. Maklumlah, sebelum ini tak pernah pun bermain dengan tanah. Hanya bermain dengan keyboard sahaja. Hihi. Macam yang saya pernah bagitau dulu, saya menaman sayur seperti: 1) Pokok Terung Bulat 2) Kacang Bendi 3) Kacang buncis 4) Kacang Panjang Renek 5) Tomato 6) Cili besar Kat bawah ni hasil tanaman yang saya petik untuk hari ni. Ada Terung Bulat, Kacang Bendi, Kacang Buncis, Kacang Panjang Renek.