Catatan
Petik buah Nanas @AnjelFarmGarden
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Syukur, permulaan tahun 2026, 1 biji buah nanas MD2 di Anjel Farm Garden yang ditanam dalam pasu selama 14 bulan telahpun matang dan kini boleh dipetik. Rasanya manis dan sedap bila dimakan. Sebenarnya buah nanas ini adalah mudah untuk ditanam. Kita hanya perlu menggunakan jambul (mahkota) atau sulur nanas sahaja. Kemudian bersihkan jambul tersebut dan biarkan kering di tempat teduh selama 2-3 hari. Untuk ditanam ke dalam tanah pula, pastikan jambul tersebut ditanam sedalam 3 inci ke dalam tanah (atau pasu) dan padatkan tanah di sekelilingnya. Dari segi penjagaan buah nanas ini sangat mudah kerana ia sukar dijangkit penyakit, siraman kebiasannya saya lakukan sekurang-kurangya 3 kali seminggu dan pembajaan menggunakan baja NPK (15:15:15) mengikut sukatan. Kalau anda tahu, buah nanas ini mempunyai banyak khasiat iaitu: Meningkatkan Imunisi badan kerana mengandungi Vitamin C dan antioksidan yang tinggi. Mengatasi dan Mencegah Sembelit Meringankan Radang Usus Meningkatkan Kesihatan Tu...
Mari kenali jenis-jenis Bawang
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bercakap mengenai bawang, ramai diantara kita pasti merasa keliru untuk memilih jenis bawang yang sesuai dalam menu masakan. Tambahan lagi, di pasaraya kini terdapat pelbagai jenis bawang yang dijual dan semestinya kita terfikir apakah kegunaan bawang tersebut. Memandangkan bawang adalah satu bahan masakan yang paling utama dalam memberi kesedapan dan aroma sesuatu hidangan, sekurang-kurangnya kita perlu tahu apakah perbezaan setiap jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan. Berikut adalah jenis-jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan: (1) Bawang Manis (Sweet Onion) (2) Bawang Merah Besar (Red Onion) Bawang manis ini lembut dan manis. sesuai untuk masakan bergoreng seperti ‘onion rings’ atau dibakar bersama sayuran. Sesuai juga direbus atau untuk tumisan. Tidak tahan lama dan perlu digunakan dengan kadar segera. Bawang merah berkulit cerah berwarna ungu kemerahan Banyak digunak...