Sememangnya kita tahu cili mempunyai bermacam-macam jenis iaitu cili hijau, merah, cili Api, cili burung dan lain-lain. Tetapi tahukah anda, apa kebaikan dan manfaat cili pada kesihatan kita. Berikut adalah kebaikan dan manfaat memakan cili: 1) Menyihatkan Jantung Cili dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan juga dapat mengelak daripada risiko serangan jantung dan strok. 2) Menjaga Mood (Penyenang Fikiran dan Jiwa) Cili dikatakan dapat menenangkan fikiran dan jiwa kerana hormon endorfin yang dikeluarkan oleh otak dapat memberi nikmat, ketagihan dan menaikan selera walaupun ianya pedas. 3) Menghilangkan Gejala Selesema Cili dapat melegakan hidung yang tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga berfungsi mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma. 4) Menurunkan berat badan Cili dipercayai dapat membantu menurunkan berat badan kerana cili dapat meningkatkan kadar metabolisme ...