Catatan

Merry Christmas 2025!

Imej
 Selamat Hari Natal 2025 kepada anda yang menyambutnya!

Thank You!

Imej
  💓💓You Customer for supporting my small business.  I Hope this package brightens your day. #Anak Pokok Mini Rose Flower 🌹🌹😍😍 #Anak Pokok Bawang Dayak 🪴🪴

Mari kenali jenis-jenis Bawang

Imej
Bercakap mengenai bawang, ramai diantara kita pasti merasa keliru untuk memilih jenis bawang yang sesuai dalam menu masakan. Tambahan lagi, di pasaraya kini terdapat pelbagai jenis bawang yang dijual dan semestinya kita terfikir apakah kegunaan bawang tersebut.  Memandangkan bawang adalah satu bahan masakan yang paling utama dalam memberi kesedapan dan aroma sesuatu hidangan, sekurang-kurangnya kita perlu tahu apakah perbezaan setiap jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan. Berikut adalah jenis-jenis bawang dan kegunaannya dalam masakan: (1) Bawang Manis (Sweet Onion) (2) Bawang Merah Besar (Red Onion) Bawang manis ini lembut dan manis. sesuai untuk masakan bergoreng seperti ‘onion rings’ atau dibakar bersama sayuran. Sesuai juga direbus atau untuk tumisan. Tidak tahan lama dan perlu digunakan dengan kadar segera. Bawang merah berkulit cerah berwarna ungu kemerahan Banyak digunak...

Kali pertama tanam Sayur Pokok Asparagus

Imej
🏡🏡🌈🌈💌💌 Sepanjang berkebun tidak pernah terlintas di fikiran untuk menanam sayur pokok Asparagus. Apatah lagi sebagai menu makanan seharian. Setahu saya Asparagus ini dijual dengan harga yang mahal dan untuk tanam dari benih pula agak sukar untuk tumbuh. Tambahan pula, pokok Asparagus ini berasal dari negara Eropah dan cara pertumbuhannya pula berbeza dengan negara Asia. Pada bulan september yang lepas tergerak dalam hati ini ingin mencuba untuk menanam Asparagus dari biji benih. Ini kerana, selepas saya terbaca artikel mengenai Sayur Asparagus yang memiliki banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita, saya merasa teruja untuk mempunyai pokok Asparagus sendiri di laman rumah saya. Selain itu juga, Pokok Asparagus juga dapat dijadikan sebagai pokok perhiasan yang menarik kerana ia sangat lembut bila disentuh.  Saya membeli biji benih Asparagus Jenama Trio dan disemai di beberapa buah polibeg dengan menggunakan media tanah campuran organik sahaja yang ada dijual di kedai kedai bung...