Catatan

Jenis-jenis bunga Rose di Anjel Garden

Imej
Salam. Atas permintaan ramai, Saya akan tunjukkan Jenis-jenis bunga Rose yang ada di Anjel Farm & Garden. Selamat menonton. " When Life throws thorns; hunt for ROSES."

Jual Pokok Mini Bunga Rose

Imej
Terima kasih customer kerana sudi membeli anak pokok Mini Bunga Rose dari AnjelFarmGarden.  Hanya 5 anak pokok yang ada dan semua telah pun dibeli. Memang memukau betul Mini pokok Ros ini. Kepada yang order dan tidak dapat lagi tu harap dapat bersabar ya! Kena tunggu anak pokok tu membesar sedikit lagi. Kepada yang telah beli, harap dapat menjaga penyeri halaman rumah ini sebaik-baiknya.

Projek Sistem Fertigasi @ Anjel Farm 2021

Imej
Salam. Selamat bertemu kembali warga pembaca. Maafkan saya kerana telah lama tidak mengemas kini blog saya ini. Baru hari ini saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa di hujung minggu ini.  Sebenarnya hampir 2 bulan iaitu bermula bulan Januari hingga pertengahan bulan Februari saya bertungkus lumus menyiapkan projek fertigasi di kebun Anjel farm bersama-sama husband saya. Perlaksanaannya agak lama disebabkan cuaca yang tidak menentu dan ini merupakan sesuatu yang baru kami pelajari. Mujurlah husband saya tahu serba sedikit mengenai kaedah fertigasi, jadi dialah yang membeli dan memasang alat-alat fertigasi ini. Terima kasih kepada YouTube kerana memberi banyak maklumat tentang kaedah fertigasi ini. Tidak lupa juga kepada Shopee kerana menawarkan harga barang peralatan fertigasi yang murah dan berkualiti.      Di sini ingin saya kongsikan hasil projek fertigasi yang telah kami laksanakan. Tidaklah sebesar mana cuma dapat sediakan setakat memenuhi ruang hal...

Pokok Daun Ketumbar vs Daun Sup

Imej
Salam sejahtera para pembaca. Di sini ingin saya kongsikan mengenai dua jenis daun herba yang mempunyai bau atau aroma yang wangi dan sering digunakan sebagai bahan perisa dan penambah rasa dalam hidangan iaitu Daun Sup dan Daun Ketumbar. Daun sup biasanya digunakan dalam masakan yang memerlukan rasa yang lebih halus dan lembut, manakala ketumbar lebih sesuai digunakan dalam hidangan yang memerlukan rasa yang lebih kuat.  Saya kebiasannya akan menggunakan daun ketumbar dalam masakan berkari seperti kari ikan dan kari ayam. Biasanya saya akan potong halus-halus daunnya dan taburkan pada lauk kari tersebut apabila telah masak. Oleh itu, saya akan sentiasa memastikan daun sup ketumbar ini sentiasa ada di rumah. Walaupun tidak banyak, cukuplah sekadar dapat digunakan dalam masakan pada hari tersebut. Gambar di bawah adalah daun ketumbar yang ditanam di AnjelFarmGarden. Manakala di bawah pula dalah perbezaan antara Daun Sup dan Daun Ketumbar.  Memahami beza daun ketumbar dan daun s...