Pokok Daun Ketumbar vs Daun Sup
Salam sejahtera para pembaca. Di sini ingin saya kongsikan mengenai dua jenis daun herba yang mempunyai bau atau aroma yang wangi dan sering digunakan sebagai bahan perisa dan penambah rasa dalam hidangan iaitu Daun Sup dan Daun Ketumbar. Daun sup biasanya digunakan dalam masakan yang memerlukan rasa yang lebih halus dan lembut, manakala ketumbar lebih sesuai digunakan dalam hidangan yang memerlukan rasa yang lebih kuat. Saya kebiasannya akan menggunakan daun ketumbar dalam masakan berkari seperti kari ikan dan kari ayam. Biasanya saya akan potong halus-halus daunnya dan taburkan pada lauk kari tersebut apabila telah masak. Oleh itu, saya akan sentiasa memastikan daun sup ketumbar ini sentiasa ada di rumah. Walaupun tidak banyak, cukuplah sekadar dapat digunakan dalam masakan pada hari tersebut. Gambar di bawah adalah daun ketumbar yang ditanam di AnjelFarmGarden. Manakala di bawah pula dalah perbezaan antara Daun Sup dan Daun Ketumbar. Memahami beza daun ketumbar dan daun s...