Catatan

Kebun Bunga cantik 2020

Imej
Salam, Di pagi yang indah ini, hati berasa ceria bila melihat kebun bunga yang telah saya ubah semalam  nampak cantik dan sedap mata memandang. Terima kasih kepada en.suami kerana membantu menjayakan projek Kebun Bunga ini. Kebun Bunga bertambah seri bila bunga Mawar mekar dan hidup dengan subur sekali. Di bawah inilah kebun bunga saya yang terkini. Untuk mengelakkan Tanah ditumbuhi rumput, saya bentangkan Silver Shine plastic sebagai lantai atau asas diatas tanah. Ini untuk mengelakkan serangan serangga perosak dan juga penyakit. Bukan itu sahaja, ia memudahkan kita untuk menjaga kebun suo sya sentiasa berapa dalam keadaan sihat dan bersih.

NOVEL CORONAVIRUS

Imej

Perintah Kawalan Pergerakan

Imej

Serangan Penyakit Antraknos pada Cili

Imej
Salam. Hari ini saya berkesempatan untuk meninjau keadaan cili di kebun setelah beberapa hari hujan melanda di Bandar Kuching ini. Apabila diperhatikan, cili padi dan cili kulai berada dalam keadaan sihat. Tetapi apabila sampai di baris Cili Minyak, betapa terkejutnya saya melihat banyak buah cili hijau yang belum lagi masak telah dijangkiti penyakit iaitu Antraknos atau bintik berpusar. (Lihat gambar di bawah). Apabila dituai dan ditimbang lebih kurang 1 Kilo yang terkena penyakit ini. Betapa sedihnya bila melihat banyak cili yang berpenyakit. Bukan itu sahaja, malah membawa kerugian kerana tidak mencapai hasil tuaian yang optimum. Ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai penyakit ini. Mudah mudahan dapat dijadikan rujukan kepada kita semua. Penyakit: Antraknos atau bintik berpusar Bahagian diserang: Buah Simptom:  Bintik berpusar berwarna hitam pada buah. Biasanya saiz bintk 3-4cm garis pusat pada buah cili. Jika jangkitan pada bahagian daun, simpton ialah bintik-b...