Catatan

Buah Ciku

Imej
           Buah ciku beriklim tropika atau nama saintifiknya ialah "Manilkara zapota" merupakan buah tropika yang dikatakan berasal daripada Amerika Tengah. Kini juga ditanam di kawasan beriklim tropika seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia.  Buah ciku berwarna coklat gelap dan mempunyai biji di tengahnya. Rasanya manis dan isinya lembut apabila masak ranum. Ciku selalunya dimakan secara segar dan juga boleh diproses menjadi jem dan jus. Buah ciku mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri. Selain itu, ciku juga kaya dengan antioksidan dan memiliki banyak manfaat. Gambar di bawah adalah buah ciku yang ditanam di AnjelFarmGarden. Pokok ciku ini berusia 5 tahun. 

Selamat Hari Merdeka 2025

Imej
💌 “Selamat Hari Merdeka 2025! Teruslah kita bersatu membina negara tercinta” 💞

TUAI SAYUR SAWI HIJAU @ anjelfarmgarden

Imej
Syukur hari ini cuaca mendung tidak panas seperti kebiasaannya. Jadi kerja-kerja di kebun hari ini adalah memetik hasil tanaman Sayur Sawi Hijau yang ditanam sendiri berusia dalam lingkungan 28hari - 30hari.  Walaupun tidak banyak, tetapi dapatlah dibuat sayur untuk beberapa hari ini nanti. Hasil pun sihat dan subur semuanya. Kepada mereka yang baru hendak mencuba bercucuk tanam, sayur sawi adalah pilihan yang terbaik kerana mudah dan senang untuk dijaga. Lagipun tidak bosan untuk dimakan hari-hari kerana boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Tambahan pula bila ditanam sendiri, kita rasa lebih yakin dari segi penggunaan bahan kimia dan juga baja. Kita pun tidak perlu beli lagi sayur di kedai. Dapat juga menjimatkan duit dapur.

Happy New Year 2025!

Imej
Selamat Tahun Baru 2025! Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya!