Khamis, 11 Mac 2021

Jual Pokok Mini Bunga Rose

Terima kasih customer kerana sudi membeli anak pokok Mini Bunga Rose dari AnjelFarmGarden. 

Hanya 5 anak pokok yang ada dan semua telah pun dibeli. Memang memukau betul Mini pokok Ros ini. Kepada yang order dan tidak dapat lagi tu harap dapat bersabar ya! Kena tunggu anak pokok tu membesar sedikit lagi. Kepada yang telah beli, harap dapat menjaga penyeri halaman rumah ini sebaik-baiknya.







Sabtu, 27 Februari 2021

Projek Sistem Fertigasi @ Anjel Farm 2021

Salam.

Selamat bertemu kembali warga pembaca. Maafkan saya kerana telah lama tidak mengemas kini blog saya ini. Baru hari ini saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa di hujung minggu ini. 

Sebenarnya hampir 2 bulan iaitu bermula bulan Januari hingga pertengahan bulan Februari saya bertungkus lumus menyiapkan projek fertigasi di kebun Anjel farm bersama-sama husband saya. Perlaksanaannya agak lama disebabkan cuaca yang tidak menentu dan ini merupakan sesuatu yang baru kami pelajari. Mujurlah husband saya tahu serba sedikit mengenai kaedah fertigasi, jadi dialah yang membeli dan memasang alat-alat fertigasi ini. Terima kasih kepada YouTube kerana memberi banyak maklumat tentang kaedah fertigasi ini. Tidak lupa juga kepada Shopee kerana menawarkan harga barang peralatan fertigasi yang murah dan berkualiti.     

Di sini ingin saya kongsikan hasil projek fertigasi yang telah kami laksanakan. Tidaklah sebesar mana cuma dapat sediakan setakat memenuhi ruang halaman belakang rumah kami. @Anjel Farm. Jika dikira terdapat 70 buah polibeg yang mengandungi tanaman Cili, Terung Panjang dan Kucai. Apapun saya amat berpuas hati dengan sistem fertigasi ini kerana ia amat menjimatkan masa dan memudahkan aktiviti penanaman.  









Sabtu, 2 Januari 2021

Benih Terung Bulat




Syukur, awal tahun 2021, terung bulat yang ditanam telah membuahkan hasil. Pokok Terung ini telah berusia 1 bulan.

Saya menggunakan biji benih dari kebun Saya sendiri. Benih adalah berkualiti kerana biji benih yang diambil adalah hasil dari tuaian pertama. Sememangnya tidak rugi jika kita bercucuk tanam sendiri  lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang mana kita perlu bijak dalam merancang kewangan serta berjimat cermat.

Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama bercucuk tanam dan merasai hasilnya. 


Jumaat, 1 Januari 2021

Happy New Year 2021

Semoga tahun ini membawa kesempatan lain untuk kita memperbaiki keadaan Dan membuka babak baru dalam hidup. SELAMAT TAHUN BARU 2021!