Rabu, 4 November 2020

BEZA Kacang Panjang Renek dan Kacang Panjang Biasa

Salam,

Rasanya tentu ada diantara kita tidak pernah mengenali Kacang Panjang Renek. Kebiasannya kita hanya mengambarkan atau mengenali Kacang Panjang biasa yang menjalar sahaja. Seperti yang pernah saya alami ketika dahulu, saya hanya mengenali kacang panjang ini apabila saya membeli biji benih yang dijual di MARDI, Serdang.  Setelah saya mencuba beberapa kali menanam sayur ini, ianya memang memberikan hasil yang amat memuaskan.


Kacang Panjang Renek

Kacang Panjang Biasa

Di sini ingin saya kongsikan perbezaan antara kacang panjang renek dengan kacang panjang biasa dari segi pemerhatian saya:

Kacang Panjang Renek

  • Pokoknya adalah renek iaitu (setinggi lutut)
  • Bentuk dan saiz buahnya lebih kurang sama dengan kacng panjang yang biasa.
  • Pokok ini lebih cepat matang tetapi jangka hanyatnya agak pendek berbanding pokok kacang biasa.
  • Penanaman kacang panjang ini boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg
  • Tidak perlu menggunakan tali untuk menjalar kerana pokok ini hidup secara renek sahaja. 
  • Sangat unik dan mudah dijaga. Tidak memerlukan kawasan yang luas. Sekadar tanam di tepi rumah sahaja dah mencukupi.
  • Boleh dituai selepas lima atau enam minggu 

Oleh itu, penanaman kacang panjang renek ini adalah amat sesuai sekali di kawasan rumah yang tidak memerlukan ruang yang besar dan juga sesuai ditanam di kawasan apartment. 

Kepada yang ingin mencuba menaman Pokok Kacang Renek ini, sila klik pautan di bawah. 

Klik: MENJUAL BIJI BENIH SAYUR-SAYURAN

Sekian, Terima Kasih dan selamat mencuba!


Pautan lain: Info Kacang Panjang Renek




Sabtu, 17 Oktober 2020

Maksud di sebalik Warna Bunga Mawar


Tahukah anda Bunga Mawar terdiri daripada pelbagai warna dan setiapnya mempunyai maksud yang berlainan. Tidak hairanlah apabila seseorang (terutamanya wanita) menerima bunga mawar daripada si pemberi (lelaki) ianya memberikan maksud dan makna yang tersirat. Di kebun mini saya terdapat beberapa warna pokok bunga mawar yang ditanam iaitu Merah, Kuning, Oren, Merah Jambu, Putih.  Oleh itu, di sini ingin saya kongsikan serba sedikit makna di sebalik warna bunga mawar. Selamat membaca!


1) Bunga Mawar Merah

 
Keindahan Bunga mawar merah sudah pastinya menjadi pilihan semua terutamanya bagi golongan muda mudi yang hangat bercinta. 

Bunga mawar merah ini adalah sebagai lambang rasa cinta, rasa hormat, kasih dan sayang, romantik dan juga sebagai tanda memberi pujian kepada seseorang yang dicintai. Apapun bunga mawar merah ini semestinya memberi makna dan erti yang begitu mendalam dalam diri seseorang.   


2) Bunga Mawar Merah Jambu


Bunga Merah Jambu pula memberikan maksud kegembiraan dan kesyukuran serta penghargaan terhadap seseorang. Selain itu juga membawa kekaguman, kelembutan dan simpati daripada si pengirim..


3) Bunga Mawar Kuning


Bunga Mawar Kuning memberikan maksud persahabatan, kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Selain itu juga sebagai tanda mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan dan juga sebagai ungkapanselamat kembali.


4) Bunga Mawar Oren  

Bunga Mawar Oren memberikan maksud keghairahan dan keinginan yang tulus murni. Ia sesuai untuk mereka yang masih dalam fasa berkawan. Selain itu, ianya melambangkan sifat aktif seseorang danjuga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru.


5) Bunga Mawar Putih

Bunga Mawar Putih memberikan maksud kecucian, cinta yang sejati dan kau yang satu terhadap seseorang. Selalunya warna bunga ini dijadijan sebagai bunga tema sebuah perkahwinan dan digunakan sebgai gubahan bunga pengantin untuk menggambarkan cinta yang sejati dan bahagia.



Perbezaan Sayur Kucai dan Sayur Bawang

Sayur Daun Kucai

Sayur Daun Bawang

Sayur Kucai adalah sejenis tanaman herba yang tergolong dalam keluarga bawang dan ianya mempunyai banyak khasiat. Saya pasti ramai diantara kita suka memakan sayur kucai ini. Tetapi ada juga sebahagiannya sukar untuk membezakan antara daun kucai dan daun bawang.

Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan perbezaan sayur kucai dan sayur bawang. Harap lepas ini kita tidak keliru lagi ya!

  • Sayur ini mempunyai bentuk dan panjang yang sama. Cuma yang membezakan ialah: Daun Bawang mempunyai ukuran lebih besar, bulat dan lembut. Manakala Daun Kucai lebih nipis dan padat. Daun Bawang berwarna hijau dan menjadi putih di bawagian pangkalnya manakala Daun Kucai tetap berwarna hijau hingga ke pangkal.

  • Daun Bawang mempunyai rasa sama seperti bawang tetapi Kucai mempunyai aroma yang hampir sama seperti bawang putih.

  • Dari segi fungsi dalam masakan, Daun bawang biasanya digunakan sebagai pelegkap rasa dalam masakan seperti sup dan makanan bergoreng sebagai hiasan dan penambah rasa. Manakala Daun Kucai pula digunakan dalam makanan seperti dalam cucur, mi atau kuetiaw dan sayur-sayuran lain.