Catatan

Pokok Cili Solok

Imej
Tentu ramai yang biasa makan cili solok atau lada solok namun tidak ramai yang biasa tengok pokok cili solok. Maklumlah, pokok cili solok kebiasannya banyak ditanam di negeri pantai timur sahaja iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Cili solok kurang pedas berbanding cili merah yang lebih pedas. Cili ini biasanya popular digunakan dalam penyediaan makanan yang disebut "Solok Lada".  Di Anjel farm, saya ada menanam cili solok. Benih cili solok tersebut adalah dari buah yang telah masak. Hati ini berbunga-bunga apabila melihat hasil biji cili solok yang begitu memberangsangkan. Buahnya besar dan juga berat berbanding cili merah biasa.

Hasil Pokok Cili Padi

Imej
Syukur, bila hari ni dapat hasil cili padi yang amat memberangsangkan. Walaupun hanya 12 pokok, namun hasil yang dituai diluar jangkaan, iaitu sebanyak 620g. Buahnya yang merah menyala ditambah lagi saiz buah yang besar membuatkan segala penat lelah selama ini hilang bila ianya membuahkan hasil.  Seronok kan bila melihat tanaman tumbuh dengan suburnya. Harap lepas ini ia dapat menaikkan lagi semangat untuk terus berkebun.  Cili padi 620g

Pokok Cili tumbang ditiup angin.

Imej
Hari ini tanggal 14 ogos 2019. Petang ini hujan berserta ribut telah melanda kebun miniku. Dalam sekelip mata sahaja semua pokok cili yang berdiri teguh telah tumbang disebabkan angin yang kuat.  Betapa sedihnya rasa hati. Bukannya apa, baru pagi tadi aktiviti pembersihan kebun seperti membuang daun daun yang tua dan rosak dilakukan. Dalam hati juga berdoa semoga dahan dahan pokok cili tak ada yang patah. Kalau tidak ianya merugikan sahaja. Inilah cabarannya bila kita bercucuk tanam. Tak semudah yang kita fikirkan. Apapun kita belajar dari kesilapan. Kemungkinan alat sokongan pokok cili tak begitu kuat menyebabkan ia tidak mampu menyokong semua pokok cili tersebut. Dibawah ditunjukkan pokok cili yang tumbang disebabkan hujan dan angin yang kuat. Sedih kan. Nak menangis pun ada. Kesian pokok ciliku..:-(

Cili Padi kali pertama masak

Imej
Untuk pertama kalinya, Pokok Cili Padi di Anjel Farm Kuching telahpun masak dan boleh dituai setelah sekian lama/ berbulan lama. Jika dikira, terdapat 8 biji buah pokok cili yang telah masak. Yang lain tunggu dalam seminggu lagi untuk tuaian selanjutnya.  Kata orang dulu-dulu, biji buah pokok cili yang pertama kalinya masak amat sesuai dijadikan benih cili. Ini kerana pokok cili tersebut masih dalam keadaan yang sihat dan terhindar dari penyakit. Ia juga mampu menghasilkan buah cili yang baik dan berkualiti.