Jumaat, 20 September 2019

Pokok Cili Solok

Tentu ramai yang biasa makan cili solok atau lada solok namun tidak ramai yang biasa tengok pokok cili solok. Maklumlah, pokok cili solok kebiasannya banyak ditanam di negeri pantai timur sahaja iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Cili solok kurang pedas berbanding cili merah yang lebih pedas. Cili ini biasanya popular digunakan dalam penyediaan makanan yang disebut "Solok Lada". 

Di Anjel farm, saya ada menanam cili solok. Benih cili solok tersebut adalah dari buah yang telah masak. Hati ini berbunga-bunga apabila melihat hasil biji cili solok yang begitu memberangsangkan. Buahnya besar dan juga berat berbanding cili merah biasa.






Rabu, 28 Ogos 2019

Hasil Pokok Cili Padi



Syukur, bila hari ni dapat hasil cili padi yang amat memberangsangkan. Walaupun hanya 12 pokok, namun hasil yang dituai diluar jangkaan, iaitu sebanyak 620g. Buahnya yang merah menyala ditambah lagi saiz buah yang besar membuatkan segala penat lelah selama ini hilang bila ianya membuahkan hasil. 

Seronok kan bila melihat tanaman tumbuh dengan suburnya. Harap lepas ini ia dapat menaikkan lagi semangat untuk terus berkebun. 







Cili padi 620g