Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Membersihkan Tanah untuk Kebun Mini

Imej
Hari ini bermulalah aktiviti projek kebun mini Di belakang rumah saya. Maklumlah sudah lama tidak berjinak-jinak dalam dunia perkebunan semenjak lepasan SPM dahulu. Agak-agaknya dalam 16 tahun yang lepas. Saya masih ingat lagi pada tahun 2003, ketika itu masih Di bangku sekolah, saya selalu membantu ibu bapa saya dalam aktiviti perkebunan. Keluarga kami mengusahakan kebun koko, kebun getah dan juga sawah padi. Melalui pengalaman itulah saya mula memahami bagaimana erti penat dan payahnya dalam dunia perkebunan. Adakalanya saya terfikir juga untuk menjadi petani moden setelah mengetahui terdapat mesin-mesin yang boleh membantu dalam aktiviti perkebunan. Akan tetapi niat itu dilupakan memandangkan saya tidak sanggup berdepan dengan bahang kepanasan. Hanya mereka yang cekal dan tabah sahaja yang boleh melakukannya. Tambahan pula, ketika itu sistem fetigasi belum diperkenalkan lagi. Berbalik kepada aktiviti projek kebun mini saya, projek ini adalah untuk saya mempelajari tentang selok ...

Selamat Datang

Imej
Selamat datang kerana sudi berkunjung ke laman blog Anjel Agro Farm.  Laman ini bertujuan untuk bersama-sama berkongsi maklumat, bertukar pendapat serta memberi idea tentang dunia perkebunan. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.  Terima Kasih.