Jumaat, 20 April 2018

Pokok Terung Bulat dan Kacang Panjang Renek menghasilkan Buah.


Hari ini bangun pagi terus menjenguk kebun mini belakang rumah. Rasa amat gembira sekali bila melihat tanaman hidup dengan suburnya. Daun-daun pokok terung pula nampak besar-besar dan menghasilkan buah yang banyak. Tapi belum cukup masanya lagi untuk dipetik. Tak sabar pula nak petik bila dah cukup masak nanti. Pokok kacang panjang renek pun banyak yang telah masak. Cukuplah untuk masakan lauk hari ni. Tak payah nanti nak beli sayur. Tak sangka akhirnya dapat juga merasa hasil tanaman sendiri. 











                  





Sabtu, 17 Mac 2018

Memindah anak pokok ke tapak


Dua minggu yang lepas, kerja-kerja memindah anak pokok ke tapak kebun mini telah dilakukan. Sebelum proses memindah dilakukan, kerja-kerja menyusun atur beg tanaman dilakukan. Jarak setiap baris perlu diukur untuk tanaman kerana pokok akan membesar dan ia memerlukan ruang yang secukupnya. 

Memandangkan kebun mini saya tidak berapa luas, saya menggunakan jarak yang kecil untuk setiap ruang. Bata pula digunakan sebagai alas polibeg bagi mengelakkan beg sentiasa basah. Kerja-kerja memindah ini bukannya senang. Ianya memerlukan masa dan tenaga. Nasib baik saya mempunyai pembantu iaitu husband saya. Jadi kerja memindah ini dapat dilakukan dengan lebih cepat.

Selepas 2 minggu, Tada....inilah hasilnya. Nampak kemas dan tersusun kan. Saya tidak menggunakan sistem fetigasi. Yalah saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia pertanian ni. Modal pun tak cukup. Untuk permulaan saya menggunakan sistem manual sahaja. Untuk baja, Saya menggunan Baja AB. Hari hari kena siram air dan baja. Sambil-sambil siram tu, dapat juga kita keluarkan peluh kan. Senaman yang sihat. 







Khamis, 8 Februari 2018

Menyemai benih

Menyemai benih merupakan satu aktiviti yang penting dan perlu dibuat dengan berhati-hati.  Ini dapat memastikan pertumbuhan anak benih kekal sihat dan berprestasi tinggi apabila sedia untuk dipindah tanam nanti.

Saya sebenarnya tidak mahir dalam bab menyemai benih pokok. Bagi saya anak pokok yang berusia 1 minggu itu tumbuh adalah satu keajaiban. Maklumlah mana pernah buat aktiviti semaian pun. Tambahan pula saya menyemai benih di polibeg sahaja seperti Gambar di bawah.