Isnin, 22 Mac 2021

Jenis-jenis bunga Rose di Anjel Garden

Salam.

Atas permintaan ramai, Saya akan tunjukkan Jenis-jenis bunga Rose yang ada di Anjel Farm & Garden. Selamat menonton.

" When Life throws thorns; hunt for ROSES."



Khamis, 11 Mac 2021

Jual Pokok Mini Bunga Rose

Terima kasih customer kerana sudi membeli anak pokok Mini Bunga Rose dari AnjelFarmGarden. 

Hanya 5 anak pokok yang ada dan semua telah pun dibeli. Memang memukau betul Mini pokok Ros ini. Kepada yang order dan tidak dapat lagi tu harap dapat bersabar ya! Kena tunggu anak pokok tu membesar sedikit lagi. Kepada yang telah beli, harap dapat menjaga penyeri halaman rumah ini sebaik-baiknya.







Sabtu, 27 Februari 2021

Projek Sistem Fertigasi @ Anjel Farm 2021

Salam.

Selamat bertemu kembali warga pembaca. Maafkan saya kerana telah lama tidak mengemas kini blog saya ini. Baru hari ini saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa di hujung minggu ini. 

Sebenarnya hampir 2 bulan iaitu bermula bulan Januari hingga pertengahan bulan Februari saya bertungkus lumus menyiapkan projek fertigasi di kebun Anjel farm bersama-sama husband saya. Perlaksanaannya agak lama disebabkan cuaca yang tidak menentu dan ini merupakan sesuatu yang baru kami pelajari. Mujurlah husband saya tahu serba sedikit mengenai kaedah fertigasi, jadi dialah yang membeli dan memasang alat-alat fertigasi ini. Terima kasih kepada YouTube kerana memberi banyak maklumat tentang kaedah fertigasi ini. Tidak lupa juga kepada Shopee kerana menawarkan harga barang peralatan fertigasi yang murah dan berkualiti.     

Di sini ingin saya kongsikan hasil projek fertigasi yang telah kami laksanakan. Tidaklah sebesar mana cuma dapat sediakan setakat memenuhi ruang halaman belakang rumah kami. @Anjel Farm. Jika dikira terdapat 70 buah polibeg yang mengandungi tanaman Cili, Terung Panjang dan Kucai. Apapun saya amat berpuas hati dengan sistem fertigasi ini kerana ia amat menjimatkan masa dan memudahkan aktiviti penanaman.