Jumaat, 25 Oktober 2019

Musim Tengkujuh

Musim tengkujuh merupakan musim hujan utama negara. Ianya bermula pada bulan Oktober dan berakhir pada bulan Mac setiap tahun. Keadaan hujan yang berterusan memberi banyak impak kepada golongan yang bergantung kepada hasil pertanian,  ternakan laut dan sungai.  Situasi ini secara tidak langsung menjejaskan sumber pendapatan golongan terbabit kerana banyak bergantung kepada faktor cuaca.  

Di kebun Anjel Agro farm, salah satu kesan yang dihadapi adalah banyak kerja yang sepatutnya dilakukan tertangguh disebabkan cuaca yang tidak menentu. Ini adalah seperti Aktiviti  aktiviti pembajaan. Keadaan ini menyebabkan banyak pokok cili diserang penyakit dan akhirnya menjejaskan hasil pengeluaran cili. 

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan tanaman daripada diserang penyakit terutamanya pada musim tengkujuh, penggunaan struktur pelindung hujan adalah amat digalakkan. Anjel Agro Farm belum lagi menggunakan struktur pelindungan hujan atas kekangan modal. Harap-harap satu masa nanti saya akan menggunakan kaedah ini juga.

Dibawah adalah contoh Struktur Pelindungan Hujan (SPH).



Rabu, 16 Oktober 2019

Batang Pokok Bunga Mawar Switzerland






Salam semua,
Mesti tuan/ puan tertanya apa gambar di atas? Kalau  tuan/puan nak tahu ini adalah keratan batang bunga Mawar Switzerland. Batang bunga ini diambil Oleh  Mr.Husband dari Negara Switzerland. Sementara dia konvokesyen Sambil sambil tu dia ambil batang bunga ni sebap bunga mawar kat sana semua nya cantik cantik belaka. 

Saya apa lagi dia balik sahaja terus saya tanam batang-batang bunga tu..kalau dikira ada 23 batang semuanya dan terdiri daripada pelbagai warna. Harap lah semua batang bunga ni hidup. Kita tunggu ya dalam berberapa minggu lagi.

Bye.

Jumaat, 11 Oktober 2019

Belanjawan 2020 : RM4.9 bilion tingkatkan sektor pertanian


  • MyMetro 
  • Mutakhir
  •  


    BERNAMA
    DALAM usaha memperkasakan sektor pertanian negara, RM4.9 billion peruntukan akan disalurkan kepada Kementerian Pertanian dan Indutsri Asas Tani pada 2020.
    Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, menerusi Belanjawan 2020, peruntukan itu memberi fokus khusus kepada meningkatkan pendapatan bagi pengusaha pertanian.
    “Kerajaan akan meningkatkan jumlah Elaun Sara Hidup Nelayan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, menjadikan peruntukan keseluruhan RM152 juta pada 2020,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.
    Belanjawan 2020 adalah belanjawan kali kedua oleh kerajaan Pakatan Harapan, sejak mengambil alih memerintah negara pada Mei 2018.

    Menerusi Belanjawan 2020 bertemakan ‘Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama’ itu, Lim berkata, kerajaan turut memperuntukkan RM150 juta sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan buluh kepada petani, nelayan dan pekebun kecil.
    Menurutnya, kerajaan juga berhasrat menjadikan padi pulut sebagai produk perdana Pulau Langkawi bagi meningkatkan pendapatan petani.
    “Bagi menyokong inisiatif ini, kerajaan akan memperuntukkan RM30 juta untuk penghasilan beras pulut di Pulau Langkawi yang dijangka memberi manfaat kepada 1,200 petani.
    “Bagi meningkatkan hasil padi, kerajaan akan meningkatkan peruntukan input padi RM855 juta bagi 2020 berbanding RM796 juta pada 2019 di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP),” katanya.
    Katanya, kerajaan juga akan meneruskan subsidi padi bukit atau padi huma.
    Lim berkata, kerajaan juga akan memperuntukkan RM43 juta ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi.



    Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 7:07 PM