💖🌹🍅🍆
Anjel Farm & Garden ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2022 kepada anda semua. Semoga tahun ini lebih baik dan bermakna lagi dari tahun-tahun sebelumnya. 💖👇
Salam,
Saya pasti bunga Rose merupakan antara bunga yang paling digemari di seluruh dunia dan sering dijadikan tanda cinta, kasih sayang dan persahabatan yang erat. Sama juga seperti saya yang amat menggemari bunga rose terutamanya rose berwarna merah jambu dan rose merah.
Bunga Rose mempunyai pelbagai warna dan juga jenis. Ada yang berwarna merah, oren, unggu, kuning dan jenisnya pula ada yang kecil (mini) dan juga jenis yang besar. Di AnjelFaemGarden terdiri bunga rose yang bersaiz kecil dan besar seperti Rose Jepun. Mini Rose Merah dan juga Rose besar.
Hari ini ingin saya kongsikan sedikit maksud mengenai bunga mawar merah Jambu (Rose Pink) yang ditanam di AnjelFarmGarden. Bunga mawar merah jambu ini membawa maksud kekaguman, kebahagian, kelembutan, rasa cinta, persahabatan, kelegaan dan kebebasan dan sesuai khasnya untuk golongan muda.
Gambar di bawah adalah Bunga Mawar merah jambu yang ada di AnjelFarmGarden.
Salam,
Pagi ini terasa sejuk sekali maklumlah hujan lebat turun dengan angin yang kencang malam tadi. Di fikiran pula tiba-tiba teringat akan tanaman cili di belakang rumah. Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik. Biasa nya kalau bulan Julai memang cuaca di kuching ini akan selalu hujan berterusan dan ini akan membuatkan banyak tanaman mudah dijangkiti penyakit. Dalam hati ini berharap agar semua tanaman tiada yang rosak dan tumbang.
Selepas membersihkan diri, saya dengan langkah lajunya menuju ke halaman belakang rumah. Alangkah sedihnya dalam hati kerana hampir kesemua pokok cili saya tumbang. Dan ini akan mengambil masa seharian di kebun untuk mengatur semula alat sokongan pada pokok-pokok yang tumbang. Sila lihat gambar di bawah.
Sedih bila melihat pokok cili seperti ini tumbang. Dahan-dahannya pula ada yang patah. Begitulah risiko yang perlu kita hadapi jika membuat tanaman fetigasi jenis terbuka. Apa-apapun kita kena bersedia untuk menghadapinya.
Salam,
Selamat hujung minggu sahabat sekalian. Pagi ni terasa segar sekali apabila melihat matahari mula muncul setelah beberapa hari cuaca selalu mendung dan diikuti hujan. Tanaman di halaman belakang pun kelihatan segar dan subur.
Kebiasannya pada hujung minggu terutamanya hari Ahad saya akan menyediakan bahan-bahan asas memasak untuk digunakan selama seminggu seperti mengupas bawang merah, bawang putih, mengisar halia dan juga membuat pes cili boh. Bahan-bahan ini saya akan sediakan awal-awal supaya mudah untuk digunakan dan menjimatkan masa.
Memandangkan banyak cili yang telah saya simpan hasil daripada serangan penyakit 2 hari yang lepas, maka hari ini saya kan membuat cili kisar homemade. Cara saya membuat cili kisar ialah dengan memasukkan sedikit minyak dan bawang putih. Kemudian kisar sehingga halus. Gambar adalah seperti di bawah.
Salam,
Hari ni kerja-kerja memetik cili dan juga memilih cili yang telah terkena penyakit Antraknos. Memandangkan cuaca di kuching ketika ini selalu hujan dan keadaannya selalu lembap, maka penyakit mudah menyerang pokok cili.
Gambar di bawah merupakan cili yang telah terkena penyakit Antraknos. Kebiasaannya cili tersebut saya akan dibuang jika keadaannyam sangat teruk dan yang masih boleh dimakan akan digunakan untuk membuat sambal cili.
Salam,
Syukur hari ini dapat hasil tuaian dari AnjelFarmGarden iaitu terung bulat, daun ketumbar, kucai dan tomato. Dengan adanya bahan-bahan ini, hari ini saya akan membuat masakan kari Ayam.
Begitulah tuan/puan memang tidak rugi jika kita menaman sendiri sayur-sayuran kerana ia bukan sahaja bebas daripada racun kimia tetapi dapat menjimatkan duit perbelanjaan dapur. Nak memasak dalam kadar yang banyak pun tiada masalah.
Thank You Customer for your support!
SOLD OUT-🍆🌶️🌶️🌶️
Hasil daripada penangan hujan dan ribut semalam. Cili hijau dan Terung Panjang.
Hari ini terasa down sangat-sangat. Rasa nak menangis pun ada. Inilah hasil penangan hujan dan ribut malam tadi. Hati siapa yang tidak sedih, kebanyakan dahan buah cili yang lebat dan besar yang patah. Memang dugaan sungguh kali ini. Lepas ini kena fikirkan macam mana cara terbaik untuk kukuhkan lagi sokongan pokok cili selain menggunakan kayu. Maklumlah kan baru mula belajar bab cili fetigasi ini. Banyak benda lagi kena belajar.
Syukur, rezeki hari ini..Fresh kangkung from #AnjelFarmGarden
Khasiat Sayur Kangkung
🔸Mengatasi Insomnia
🔸Anti toksin fan Mencegah sembelit
🔸Mengandungi zat besi
🔸Anti diabetes
🔸Anti parasite usus
🔸Meningkatkan kesihatan hati
🔸Mengelak serangsn influenza
Syukur....akhirnya dapat juga merasa hasil daripada tanaman terung panjang ini. Biasanya terung bulat yang dituai kali ini pula terung panjang. Perasaan dalam hati rasa teruja sangat walaupun hasil tuaian tidak begitu banyak, tetapi cukuplah untuk menu makan lunch dan dinner hari ini.
#FreshFood@AnjelFarmGarden