Khamis, 2 Oktober 2025

Buah Jambu Batu

Saya pasti mesti kebanyakan kita suka makan buah Jambu. Ada yang makan begitu sahaja bersama kuah rojak malah boleh juga dibuat minum jus buah. Apa pun citrasa makan yang kita suka buah jambu tetap mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan mampu menguatkan sistem imun daya tahan tubuh.

Buah jambu batu ialah tanaman yang tahan lasak dan mudah dijaga. Tidak heranlah banyak petani yang mengusahakan tanaman buah jambu ini. Buah jambu batu berjenis beri dan berbiji banyak.Bentuknya bulat, bujur seperti buah pir. 

Kini terdapat juga varieti jambu yang tidak mempunyai biji. Salah satu varienti yang popular ialah Jambu Batu Lohan yang terkenal dengan buahnya yang besar, manis dan ranggup.

Di AnjelFarmGarden, Jambu yang ditanam adalah jambu berjenis berbiji iaitu jambu batu Lohan. 


         

          


Selasa, 2 September 2025

Buah Ciku

 


        

Buah ciku beriklim tropika atau nama saintifiknya ialah "Manilkara zapota" merupakan buah tropika yang dikatakan berasal daripada Amerika Tengah. Kini juga ditanam di kawasan beriklim tropika seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia. 

Buah ciku berwarna coklat gelap dan mempunyai biji di tengahnya. Rasanya manis dan isinya lembut apabila masak ranum. Ciku selalunya dimakan secara segar dan juga boleh diproses menjadi jem dan jus. Buah ciku mengandungi banyak khasiat serta nutrient yang tersendiri. Selain itu, ciku juga kaya dengan antioksidan dan memiliki banyak manfaat.

Gambar di atas adalah buah ciku yang ditanam di AnjelFarmGarden. Pokok ciku ini berusia 5 tahun. 





Ahad, 31 Ogos 2025

Selamat Hari Merdeka 2025


💌 “Selamat Hari Merdeka 2025! Teruslah kita bersatu membina negara tercinta” 💞