­

Sabtu, 27 Februari 2021

Projek Sistem Fertigasi @ Anjel Farm 2021

Salam.

Selamat bertemu kembali warga pembaca. Maafkan saya kerana telah lama tidak mengemas kini blog saya ini. Baru hari ini saya berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa di hujung minggu ini. 

Sebenarnya hampir 2 bulan iaitu bermula bulan Januari hingga pertengahan bulan Februari saya bertungkus lumus menyiapkan projek fertigasi di kebun Anjel farm bersama-sama husband saya. Perlaksanaannya agak lama disebabkan cuaca yang tidak menentu dan ini merupakan sesuatu yang baru kami pelajari. Mujurlah husband saya tahu serba sedikit mengenai kaedah fertigasi, jadi dialah yang membeli dan memasang alat-alat fertigasi ini. Terima kasih kepada YouTube kerana memberi banyak maklumat tentang kaedah fertigasi ini. Tidak lupa juga kepada Shopee kerana menawarkan harga barang peralatan fertigasi yang murah dan berkualiti.     

Di sini ingin saya kongsikan hasil projek fertigasi yang telah kami laksanakan. Tidaklah sebesar mana cuma dapat sediakan setakat memenuhi ruang halaman belakang rumah kami. @Anjel Farm. Jika dikira terdapat 70 buah polibeg yang mengandungi tanaman Cili, Terung Panjang dan Kucai. Apapun saya amat berpuas hati dengan sistem fertigasi ini kerana ia amat menjimatkan masa dan memudahkan aktiviti penanaman.  









Sabtu, 2 Januari 2021

Benih Terung Bulat




Syukur, awal tahun 2021, terung bulat yang ditanam telah membuahkan hasil. Pokok Terung ini telah berusia 1 bulan.

Saya menggunakan biji benih dari kebun Saya sendiri. Benih adalah berkualiti kerana biji benih yang diambil adalah hasil dari tuaian pertama. Sememangnya tidak rugi jika kita bercucuk tanam sendiri  lebih-lebih lagi dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 yang mana kita perlu bijak dalam merancang kewangan serta berjimat cermat.

Jadi, apa tunggu lagi, marilah kita bersama-sama bercucuk tanam dan merasai hasilnya. 


Jumaat, 1 Januari 2021

Happy New Year 2021

Semoga tahun ini membawa kesempatan lain untuk kita memperbaiki keadaan Dan membuka babak baru dalam hidup. SELAMAT TAHUN BARU 2021!


Rabu, 4 November 2020

BEZA Kacang Panjang Renek dan Kacang Panjang Biasa

Salam,

Rasanya tentu ada diantara kita tidak pernah mengenali Kacang Panjang Renek. Kebiasannya kita hanya mengambarkan atau mengenali Kacang Panjang biasa yang menjalar sahaja. Seperti yang pernah saya alami ketika dahulu, saya hanya mengenali kacang panjang ini apabila saya membeli biji benih yang dijual di MARDI, Serdang.  Setelah saya mencuba beberapa kali menanam sayur ini, ianya memang memberikan hasil yang amat memuaskan.


Kacang Panjang Renek

Kacang Panjang Biasa

Di sini ingin saya kongsikan perbezaan antara kacang panjang renek dengan kacang panjang biasa dari segi pemerhatian saya:

Kacang Panjang Renek

  • Pokoknya adalah renek iaitu (setinggi lutut)
  • Bentuk dan saiz buahnya lebih kurang sama dengan kacng panjang yang biasa.
  • Pokok ini lebih cepat matang tetapi jangka hanyatnya agak pendek berbanding pokok kacang biasa.
  • Penanaman kacang panjang ini boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg
  • Tidak perlu menggunakan tali untuk menjalar kerana pokok ini hidup secara renek sahaja. 
  • Sangat unik dan mudah dijaga. Tidak memerlukan kawasan yang luas. Sekadar tanam di tepi rumah sahaja dah mencukupi.
  • Boleh dituai selepas lima atau enam minggu 

Oleh itu, penanaman kacang panjang renek ini adalah amat sesuai sekali di kawasan rumah yang tidak memerlukan ruang yang besar dan juga sesuai ditanam di kawasan apartment. 

Kepada yang ingin mencuba menaman Pokok Kacang Renek ini, sila klik pautan di bawah. 

Klik: MENJUAL BIJI BENIH SAYUR-SAYURAN

Sekian, Terima Kasih dan selamat mencuba!


Pautan lain: Info Kacang Panjang Renek