Salam,
Pagi ini terasa sejuk sekali maklumlah hujan lebat turun dengan angin yang kencang malam tadi. Di fikiran pula tiba-tiba teringat akan tanaman cili di belakang rumah. Harap semuanya berada dalam keadaan yang baik. Biasa nya kalau bulan Julai memang cuaca di kuching ini akan selalu hujan berterusan dan ini akan membuatkan banyak tanaman mudah dijangkiti penyakit. Dalam hati ini berharap agar semua tanaman tiada yang rosak dan tumbang.
Selepas membersihkan diri, saya dengan langkah lajunya menuju ke halaman belakang rumah. Alangkah sedihnya dalam hati kerana hampir kesemua pokok cili saya tumbang. Dan ini akan mengambil masa seharian di kebun untuk mengatur semula alat sokongan pada pokok-pokok yang tumbang. Sila lihat gambar di bawah.
Sedih bila melihat pokok cili seperti ini tumbang. Dahan-dahannya pula ada yang patah. Begitulah risiko yang perlu kita hadapi jika membuat tanaman fetigasi jenis terbuka. Apa-apapun kita kena bersedia untuk menghadapinya.