Ahad, 20 Jun 2021

Membuat Cili Kisar

Salam, 

Selamat hujung minggu sahabat sekalian. Pagi ni terasa segar sekali apabila melihat matahari mula muncul setelah beberapa hari cuaca selalu mendung dan diikuti hujan.  Tanaman di halaman belakang pun kelihatan segar dan subur.

Kebiasannya pada hujung minggu terutamanya hari Ahad saya akan menyediakan bahan-bahan asas memasak untuk digunakan selama seminggu seperti mengupas bawang merah, bawang putih, mengisar halia dan juga membuat pes cili boh. Bahan-bahan ini saya akan sediakan awal-awal supaya mudah untuk digunakan dan menjimatkan masa. 

Memandangkan banyak cili yang telah saya simpan hasil daripada serangan penyakit 2 hari yang lepas, maka hari ini saya kan membuat cili kisar homemade. Cara saya membuat cili kisar ialah dengan memasukkan sedikit minyak dan bawang putih. Kemudian kisar sehingga halus. Gambar adalah seperti di bawah. 







Jumaat, 18 Jun 2021

Pokok Cili - Penyakit Antraknos

Salam,

Hari ni kerja-kerja memetik cili dan juga memilih cili yang telah terkena penyakit Antraknos. Memandangkan cuaca di kuching ketika ini selalu hujan dan keadaannya selalu lembap, maka penyakit mudah menyerang pokok cili. 

Gambar di bawah merupakan cili yang telah terkena penyakit Antraknos. Kebiasaannya cili tersebut saya akan dibuang jika keadaannyam sangat teruk dan yang masih boleh dimakan akan digunakan untuk membuat sambal cili.









Jumaat, 14 Mei 2021

Hasil tuaian sayur-sayuran (Terung, Ketumbar, Kucai & Tomato)

Salam,

Syukur hari ini dapat hasil tuaian dari AnjelFarmGarden iaitu terung bulat, daun ketumbar, kucai dan tomato. Dengan adanya bahan-bahan ini, hari ini saya akan membuat masakan kari Ayam. 

Begitulah tuan/puan memang tidak rugi jika kita menaman sendiri sayur-sayuran kerana ia bukan sahaja bebas daripada racun kimia tetapi dapat menjimatkan duit perbelanjaan dapur. Nak memasak dalam kadar yang banyak pun tiada masalah.