Jumaat, 19 Jun 2020

Manfaat Sayur Kale yang perlu anda tahu!


Saya pasti ada diantara kita tidak pernah mengenal apa itu sayur kale? Ataupun tidak pernah memakan sayur kale? kepada yang tidak kenal, gambar di bawah adalah sayur kale yang ditanam di Anjel Farm

Sayur ini sebenarnya sayuran dalam kumpulan kubis seperti brokoli dan sawi. Kale mengandungi kandungan gizi yang sangat tinggi dan bermanfaat bagi tubuh. Khasiat sayur kale adalah untuk:
  1. Membantu mencegah penyakit kanser payudara kerana kale mengandungi zat yang disebut sulforaphane. Zat ini dapat melambatkan pertumbuhan kanser paudara. 
  2. Baik untuk kesihatan jantung keranan mengandungi Vitamin K.
  3. Menjaga Kesihatan mata kerana mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata, meningkatkan kekebalan tubuh, dan berperanan dalam pembentukan sel badan. 
  4. Kandungan Kalsium yang banyak berbanding susu untuk meningkatkan kesihatan tulang 

Sayur Kale


Sekian perkongsian saya hari ini, semoga bermanfaat. 


Ahad, 14 Jun 2020

Hasil Kacang Panjang Renek


Hari ni pepagi lagi saya menjenguk sayur kacang panjang renek di kebun. Hati berbunga riang bila melihat kacang panjang renek hidup subur dan hasilnya boleh dituai. Walaupun hanya 4 polibeg yang ditanam, tetapi hasilnya memang memuaskan. Kalau dibandingkan dengan yang ditanam sebelum ini, ketinggian pokok kali ini adalah lebih tinggi, daunnya pula bersaiz besar, warna kehijauan dan cantik. Hati kita pun merasa puas dengan hasil tanaman titik peluh sendiri.

Oleh itu, untuk mendapat hasil tanaman yang subur dan puas hati bukannya mudah. Semuanya memerlukan kesabaran, keyakinan dan semangat untuk mencapai apa yang kita inginkan. Yang penting jangan mudah berputus asa sekiranya kita gagal. Kita perlu berusaha dan terus berusaha untuk memperbaiki kegagalan.

Di bawah adalah gambar kacang panjang renek di Anjel Farm Kuching. Pokok kacang panjang renek ini berusia 35 hari. Syukur, ianya memberikan hasil yang banyak. Saya suka makan sayur kacang panjang ini ketika masih muda kerana sedap dimakan dan keenakan rasa ranggup dan segar dari isi kacang panjang. Memang amat berbaloi sekiranya kita tanam sendiri daripada membeli di mana mana pasar harian, kedai runcit dan pasaraya.

Tunggu apa lagi? Marilah bersama-sama kita berkebun. WhatsApp 012-4731210 untuk membeli biji Kacang Panjang Renek. Terima Kasih.










Artikel Berkaitan



Selasa, 2 Jun 2020