Khamis, 9 Mei 2019

Tahukah anda apa jenis cili ini?


Pagi tadi tiba-tiba Makcik Cina sebelah rumah panggil. Ingatkan apa, rupa-rupanya dia bagi satu biji cili merah ini untuk ditanam di kebun saya. Katanya cili ini sedap dimakan dan sesuai untuk masakan seperti mee goreng kerana rasanya tidak terlalu pedas. Bila ditanya cili ini jenis apa, katanya dia pun tak tahu..hihihi. Maklumlah sesetengah pembeli manalah tahu cili jenis apa yang dijual di pasar/ pasaraya. Yang mereka tahu cili padi dan cili besar sahaja. 

Saya sendiri pada mulanya pun tidak pasti apakah jenis cili ini. Kalau dilihat dari segi fizikal, saiznya kecil dan warnanya merah tapi bukan berkilat. Dalam fikiran ini hanya satu sahaja iaitu mungkin cili solok. Tapi biasanya cili solok bersaiz besar. 

Bagi anda pula? Cili ini jenis apa?









Isnin, 22 April 2019

Hasil Pokok Cili Kulai

Akhirnya, masa ditunggu-tunggu, buah Pokok Cili Kulai di Anjel Farm telah pun masak dan boleh dituai. Jika dilihat warnanaya amat menarik dan kelihatan segar sekali. 

Kalau nak tahu, Cili kulai ini rasanya memang pedas dan rasa rangup bila dimakan. Panjang buah adalah sekitar 8-10 cm serta berat buah 7-10g/biji. Ianya juga boleh disimpan dalam tempoh yang agak lama. Kebanyakan pelanggan yang membeli cili di Anjel Farm Kuching ini amat menyukai cili kulai ini untuk tujuan pengunaan segar/ masakan harian. Diharapkan Anjel Farm Kuching dapat berkembang lagi dari semasa ke semasa. Terima kasih. 









Khamis, 28 Mac 2019

Pokok Cili Kulai Merah Besar Tumbang

Hati mana tak sedih bila melihat banyak pokok cili kulai tumbang ditiup angin petang tadi. Hujan dan angin kencang yang berlaku tidak sampai 5 minit memberi kesan yang teruk pada pokok cili. Banyak dahan-dahan pokok yang telah patah. Nasib baik buah pokok cili ini belum lagi masak. Kalau tidak memang amat merugikan..

Lepas ini memang kena fikirkan lagi cara untuk membuat sokongan pokok cili dari tumbang. Maklumlah kan baru mula berjinak-jinak tanam cili ni. Nak beli peralatan sokongan pun kena banyak fikir juga sebap melibatkan kos.

Jumlah keseluruhan pokok cili yang ada di Anjel Farm kuching adalah sejumlah 32 Pokok. Setakat ini pokok hidup dengan subur dan bebas dari jangkitan penyakit. Harapnya lepas ini ada jalan penyelesaian untuk atasi masalah ini.